4 October 2023

Yang Tak Kan Sama

Minggu ni rasa barai betul. 
Satu mungkin galau dalam perasaan. 
Dua mungkin serabut perniagaan.
Haha. 
Setiap malam, kalau aku stay kat bilik guru, aku akan harap ada budak masuk dan chit chat macam budak-budak dulu. Haha. Entah. Kadang bila sorang-sorang, banyak benda akan terimbau. Terimbau tiba-tiba diorang naik bawak nasi ayam, tiba-tiba datang nak prep dekat bilik guru, datang takde sebab atau saja borak. Baring dekat surau atau sekadar main penimbang. 
Mungkin itu yang dirindu. Membuatkan diorang ini sentiasa dekat di hati. 
Yang selalu tunggu bila sama-sama lewat turun, yang akan tutuplah ICT bila habis kelas. Yang akan jalan sekali dua tiga pagi turun dari blok pentadbiran. 
Kat mana pun korang, semoga baik-baik sahaja. Berada dengan orang baik-baik dan jadi orang baik-baik. 
Korang; 05-SPM2022. 

No comments:

Post a Comment