20 February 2019

Masjid Ara Damansara

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Aku sekarang dalam bab tiga. Lagi dua bab maka habislah perjalanan master ini. Tapi artikel tak terbit lagi. Apapun, setinggi kesyukuran dipanjatkan sebab dah selesai antara perkara penting iaitu temubual. Walaupun ada dua masjid tak buat temubual lagi iaitu Masjid Raja Haji Fi Sabilillah dan Masjid Hasanah. Alhamdulillah Masjid Ara Damansara dan selesai.

Masjid Ara Damansara ialah sebuah masjid yang dibina oleh Sime Darby. Sepenuhnya pembiayaan daripada Sime Darby dan dah pernah dapat anugerah dalam Green Building Index. Tapi itulah, sekarang sistem teknologi hijau dia dah tak guna. Antara sistem yang mereka guna ialah tadahan air hujan untuk dijadikan air wuduk, penggunaan sisa air wuduk sebagai siraman kepada pokok-pokok dan sistem elektrik (tenaga solar dan wind circulation untuk sistem pengudaraan dalam masjid). Namun, atas beberapa faktor maka masjid ini dah tak guna teknologi hijau tu.

Haji Nazali ni sangat mudah berbincang. Alhamdulillah dua kali mesej terus dapat set temujanji. Aku cuak pada mulanya sebab hari Selasa (19/1) Nat ada temujanji di Melaka dan Zulfa sekolah. Maka aku fikir dah nak bawak unser sendiri. Allah izin tanya Kak Wani dan Salmah dan diorang setuju. Naiklah kereta Kak Wani. Alhamdulillah sampai. Aku cuak weh dah lah pertama kali pergi jalankan temubual.

Tengah temubual boleh lak gopro tetiba 0% bateri. Alhamdulillah ada buat rakaman suara pakai henpon Ikram. mp3 pun rupanya tak nyala. hmmmm. Temu bual lebih kurang 50 minit buat dekat taman depan masjid. Alhamdulillah Allah izin dipermudahkan segalanyaaaa. Perajalanan dari UKM ke Ara Damansara dalam 46 minit pergi dan 2 jam balik. Lepas tu pergi cari tempat makan. Dengan bateri telefon dan nyawa ikan. Aku pulak al kisahnya telefon dah almarhummmm. Skrinnya gelap gelita. Pergi Aman Suria cari Murni, tak wujud tapi dalam maps ada. Last-last makan dekat Murni SS2. Murni ni aku pertama kali makan. Kak Wani yang cadang makan situ. Pehhhh portion diaaaaa.

Akhir sekali, terima kasih Haji Nazali, Kak Wani dan Salmah kerana membantu saya dan mempermudahkan urusan saya. Semoga kalian dilimpahi keberkaham, dikurniakan kebaikan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Temu bual dengan Tuan Haji Nazali, bekas jawatankuasa Masjid Ara Damansara
temu bual kat taman je. 50 minit berdiri. Tengoklah muka aku tu.

Pengkaji gomoxxx (cewahhhh) dan masjid.

Kasi hadiah payung, mug dan biskut.


Kak Wani, Salmah dagu terbelah yang banyak bantu. 
Semoga kamu berdua diberi segala kebaikan.

Single, komen for best price hahah. Taklahhhh gurau je best price. Single tu ye

Muka lega dah selesai satu bab. Alhamdolellahhh


Nasi goreng cina Murni 


Bolognese citarasa melayu


Chicken chop sebab aku nak nasi goreng cina + chicken chop pastu salmah nak bolognese +chicken chop.

Kak Wani makan carbonara + chicken chop. Tu tangan nak rembat air mah. Sebab nampak sedap gila dan memang sedap pun!

Dapat pun air kopi mah!

Alhamdulillah atas segala nikmat!

21 December 2018

Atas nikmat hari yang berlalu dengan  baik ataupun tidak.
Terima kasih Tuhan atas segala ganjaran.

----------

Zaaba ni walaupun busuk tapi cantik. 
Alhamdulillah atas nikmat dipindahkan ke Zaaba.

Aras 0,
Kolej Pendeta Zaaba,
UKM Bangi.


20 December 2018

Burung Yang Yakin

Burung yang berkah.
Pernah tak kau terfikir yang burung tu pagi-pagi keluar cari makan tanpa dia tahu ada tak makanan untuk dia hari tu.
Betapa dia yakinnya pada Tuhan.

------------

Pagi-pagi keluar pergi library sebab  nak rebut buku dan rak masih baru (baru kemas).


18 December 2018

Syukur

Entah sampai bila Tuhan izinkan kita menumpang Bumi Dia.
Syukur saja jalannya.
Atas segala nikmat yang tak terhingga.

ARAS EMPAT,
KOLEKSI ISLAM PTSL,
UKM BANGI.

21 November 2018

Master

Aku dalam ANCOR. Kira macam bilik untuk budak Dr Ibnor.
Si Salmah tengah borak dekat luar dengan sorang budak syariah yang ada kembar tak wujud.
Esok jumpa Dr dan aku tak siap lagi menulis tesis setelah lima semester.