25 December 2022

Sayang Lebih Ke?


Kata orang, kita tidak boleh banding membanding. Tapi, kadangkala kita tetap terbandingkan orang-orang yang hadir dalam hidup kita. 
Kadang, orang-orang yang kita suka, tidak semestinya disukai orang lain. Tapi, tetaplah kita menyukai mereka. 
Begitu aku. Dalam tempoh tiga tahun menjadi cikgu, banyak orang telah kutemu. Tapi batch ini (setakat sekarang) masih belum sampai ditelinga aku, mereka bercerita yang tidak-tidak di depan aku. Saat aku mengajar atau bergosip sakan. 
Aku teringat, lewat 2019, aku sedang mengajar. Masa tu perkataan yang sensitif untuk disebut ialah sabun. Setiap kali perkataan sabun, mesti akan jadi double meaning. Masa tu jugak pernah budak cakap depan muka aku, masa aku mengajar dia (One to one) "adik aku bangun". Lah. Kau rasaaaaa. Maka, sejak itu aku menambah kriteria orang yang hendak disayang selain tidak mencarut ialah tidak bercakap yang tidak-tidak di depan aku. 
Batch 05 ni, setakat sekarang, tak pernah aku dengar lagi cakap yang bukan-bukan depan muka aku. 
Budak-budak sedang meningkat dewasa. Banyak benda yang mereka jumpa. Tapi. Itulah.  
Semoga anak-anak didik saya terus dilindungi walau di mana berada.
Yang lain tetap sayang. Tapi yang ni sayang sebab walau nakal-nakal, tetap tak pernah melampaui akal. 
Yang lain sayang jugak. Jangan kecil hati. 

Saja nak tulis sebab tengah skrol gambar, ternampak gambar lama ni haha. 

No comments:

Post a Comment