23 July 2012

Apasal Kau Tak Solat


"assalamualaikum warahmatullah,assalamualaikum warahmatullah"..usai imam memberi salam solat fardhu Isya'.Jemaah berpusu pusu mendirikan solat sunat rawatib.Dia duduk saja di tempatnya,dikirinya Melayu,dikanannya Mak Cik Arab.Jemaah kiri dan kanan itu bersolat.Dia masih duduk.

Lalu mengeluarkan N8 langsung menyentuh nyentuh paparan telefon pintar itu mencari aplikasi MyQuran.Mudah.Senang.Dalam keadaan ramai dan berebutan tempat solat,membawa naskhah Quran bukanlah sesuatu yang bijak pada pandangannya.

Lalu dia mengalunkan Surah Al-Fatihah."grrrr" : gegaran daripada telefon bimbit.Whatsapp dari ahli rumah.Jemaah dikiri kanannya sudah selesai solat.Si Melayu tadi mengalunkan bacaan alQuran.Tanpa sempat membalas Whatsapp ahli rumahnya,tiba-tiba..

"asal kau tak solat sunat rawatib?"

Dia kejur seketika.

Tergamam.

Terkejut juga hatinya.

"Ma fi sabab"..dia jawab.Malu kemain orang depan pandang pandang.Ah abaikan.

"Yalla Qum,solat assunat"..

Hati dia yang busuk itu berbisik.."hak alah,sunat jek kan"

Langsung menyimpan telefon dalam poket seluar sambil kibas-kibas tudung.

"Sunat terawikh",gemaan suara imam.

Dia pandang mak cik arab itu.Mak cik arab itu pandang dia.

Lalu hati dia yang busuk kata lagi,"yeay,dah terawikh".

----------------------------------------------------------------------------

"assalamualaikum warah matullah,assalamualaikum warahmatullah"

selesai 4 rakaat terawikh.

Dia melekapkan dahi pada lantai.Penat.Ya penat.Dia barusan saja sembuh daripada cirit birit yang membuatkannya tidak ke kuliah pagi tadi.

"nti daiman laisa solah assunnah?"

"la ah,bass hazal youm".

"ta3ban?"

"aa..naam"

"salamatik"

Dia mampu senyum.

-----------------------------------------------------------------------------

Seusai witir,dia segera mencari kacamatanya.Lalu memandang Mak Cik Arab itu.

Senyum.Tenang.Mereka berbalas senyuman,lalu mak cik arab itu mencium kepalanya.

Syahdu,terharu.

Terlayang fikiran pada keluarga di Malaysia.


Dan sesungguhnya tarbiyah dari Allah . Fardhu itu umpama bakul . Yang sunat itu umpama buah .Takkan mahu biarkan bakul kosong kan ?





moga-moga selepas ini dia istiqamah bersolat rawatib..^__^

No comments:

Post a Comment