22 July 2012

11 : 23

"Sesungguhnya orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan dan merendahkan diri kepada Tuhan , mereka itu penghuni syurga dan mereka kekal didalamnya."

hari ketiga Ramadhan di rantauan,sebak juga mengenangkan segala kenangan.Namun,kuatkan hati,seperti kata ayah,"masa belajar inilah mahu rasa susah dan jauh,kalau tak susah bukan hidup namanya."

Hari ketiga Ramadhan,kesabaran memang cukup teruji.Sungguh.Kadang-kadang rasa tak mampu untuk hadapi.Rasa macam nak marah.Rasa macam nak mengamuk.Sampai ayat ini aku ulang ulang dari dalam diri , "teruskan bersabar,mereka tidak mengerti" (cewah,hati macam bengkak bila cakap macam nie,sori encik hati.)

Langsung aku kongsikan status YM "doakan aku menjadi manusia yang tinggi sabarnya,doakan aku menjadi manusia yang bersabar"..






Allah beri sedih namun Dia juga kurniakan gembira.
Alhamdulillah keputusan imtihan 
Thani Farq Zawaj sudah keluar.

No comments:

Post a Comment