25 July 2012

Hati.

"Seriusly aku marah dengan kau ! Jangan gelak gelak." Dia ditempelak.

Gulp,dia senyap.Hati sudah berbisik bisik amarah.Namun sabarkan saja.

Yang memarah itu sudah mengangkat takbir.Dia memandang kehadapan.Besar sangatkah salahnya?

Hanya bergerak ketepi,sambil membetulkan tudung,lalu dia dimarah kerana dikatakan menganiaya.

Sudah banyak kali yang memarah itu berbuat begitu.Bukan dia saja,malahan orang lain pun sama.

"ah hati,sabarlah.Latar belakang aku dan dia berbeza," hati dia bermonolog.

Sayu,sedih.Dia mengalirkan air mata dalam witirnya.Tambah tambah dengan suasana yang tiada siapa di sisi,dia harus kuat.

Tabah dan sabar.Dalam perjalanan pulang dia memutuskan untuk diam,tapi yang memarahi itu rancak mengajak berbual.

Hati dia berkata lagi "tak rasa bersalahkah kau pada aku?"

Lalu disisi lain hati dia bersuara,"pandanglah kebaikan dia,".

Lantas teringat pesan emak dia sebelum berangkat pergi berkelana, "Kalau kita marah,carilah satu pun kebaikannya,iaitu orang yang kita marah itu"

Dan bagi dia hari itu sangat sangat sedih.Moga Allah tabahkan hati dia.

-------------------------------------------------------------------------

Dan dari Wabishah bin Ma’bad rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku datang kepada Rasulullah , beliau bersabda:  “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata,” Ya.” Beliau bersabda, “Bertanyalah kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.” (Hadits hasan yang kami riwayatkan dari Musnad Imam Ahmad bin Hambal dan Musnad Imam Ad-Darimi dengan sanad hasan)

1 comment: