Salam kasih sayang buat semua pengujung blog hamba..
berjalan-jalan di alam maya ini..
hamba pun pergilah melawat blog yang hamba lama x jengah..
 http://nordinieisa.blogspot.com..
jadi hamba pun tertarik dengan satu artikel daripada blog beliau.. 
maka::hamba pun 'mengopy' 'paste' artikel ini..
A L Q U R A N*I S*T H E*B E S T*D O C T O R
Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya: 
- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan  Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan  dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang  patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang) 
- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar  sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer)  atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.
- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit  jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang. 
- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau  "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti  ubat-ubat antibiotiks.
- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga  kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi  dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan  fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan  kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah,  Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah  tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.
- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff,  Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit  kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain  penyakit. 
- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan,  Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit  gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu  pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual  illness".
PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)
Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati  sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung,  kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan  mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan  iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau). 
Sihir yang sangat popular di kalangan masyarakat melayu adalah ilmu  pengasih dan ilmu pemisah. Ilmu pengasih apabila ada orang yang ingin  mempengaruhi emosi dan perasaan sesaorang dengan menggunakan jin dan  sihir. Ilmu pemisah pula apabila ada orang ketiga yang ingin memisahkan  pasangan suami isteri untuk mengawini suami atau isteri pasangan  tersebut. 
- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga  95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255  adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh  sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan. 
- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34,  Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77,  Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha,  A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura  sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau  racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.
- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135  adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan  untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah  dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini  dapat mententeramkan jiwa dan hati..
wallahu'alam..
~masa lalu adalah pendidikan~
-copy paste-
   http://nordinieisa.blogspot.com
lagu lir ilir mmg the best! :)
ReplyDeletepenuh penghayatan..
teringat lewat 2009 cikgu mohammad memainkan dalam kelas tambahan..
ReplyDelete