Kain puteh telokong pon puteh,
Nak bawak poie sembahyang,
Tuhan kaseh,kito pon kaseh,
Allah Taala terlobeh sayang..
Malam ini malam Khomih,
Malam esok malam Jumahat,
Segala umat dalam kubor habih menangih,
Hendak menunggu Nabi Muhammad..
Dajjal bawa makanan ghuti,
Ghamai disitu orang beghonti,
Disitu ramai manusio terkono,
Sebab iqtiqad tiada sempurno..
Keluar pajak masuk pon pajak,
Pakai baju kuyak rabak,
Kalau x dongar cakap mak bapak,
Pasti diri akan tercampak..
Sarbat susu,
Kurang manis tambah gulo,
Kalau ikot hawo nafsu,
Hidop mati separoh gilo..
Sehingga belajar sebuah neghori,
Mencari ghoto mengisi poti,
Sembahyang ea x barang sokali,
Itu namo ea orang buto tuli..
Salam Jumaat..salam sejahtera..
Entri kali ini bukanlah untuk belajar bahasa negri..tetapi sedikit perkongsian..
Hamba dapat koleksi pantun a.k.a gurindam a.k.a syair ini daripada nenek hamba pada petang tadi..
Nama beliau Hajjah Puteh Haji Haron..emak kepada ayah hamba..usia nya menjangkau kira kira 90 tahun(dah tua dah)..tapi masih kuat lagi..
Rupa-rupanya banyak yang kita dapat pelajari daripada golongan-golongan seperti ini..
Sampai sakit rusuk nenek hamba sebab hamba suruh ulang banyak kali..
Akan datang insyaAllah hamba akan memuat naik pelbagai lagi pantun nasihat daripada beliau..insyaAllah..sekiranya ada umur lagi,..
Jadi..untuk pengunjung-pengunjung yang x faham bahasa negri,hamba txdapat nak terjemahkan dalam bahasa melayu standart kerana sangat letih hari ini..
Wallahu’alam..
~masa lalu adalah pendidikan~
No comments:
Post a Comment