25 January 2023

Kisah Patah Hati yang Entah Bila akan Tumbuh Berganti

"Kasi zah tiga bulan untuk mengorat."
.
Tiga bulan berjalan. Tiga bulan berlalu. Aku dengan berani menyuarakan hasrat hati nak mengorat crush abadi hahaha. Aku pernah berada dalam beberapa fasa nak ajak orang kahwini aku. 
Yang pertama N.
Yang kedua M.
Pastu yang ketiga si A. 
.
Kisah A ni lebih istimewa sebenarnya sebab dalam keadaan aku dah sedia membuka hati kononnya. Aku dengan terbuka berkongsi rasa hati dengan budak-budak, Kak Sam dan Aisyah. 
.
Cerita panjang yang dipendekkan, satu Jumaat yang hening, 19 Januari, dengan beraninya kami bertanyakan status A. Tunggu punya tunggu, rupanya A yang terlihat available sebenarnya taken. Hekhek. 
.
Aku pun bagitahulah Si Leha, budak-budak 5AB, Kak Izzah dan Kak Sam. Yang sedih macam biasalah, budak 5AB, Aisyah dan Kak Sam.
.
Budak 5AB sampai harini cakap dekat aku suruh move on. Hahaha. Alaaa. Haji pulak kata aku sedih sebab masa bawak kereta pergi kenduri Kak Yana aku menung. Padahal sebenarnya aku dah mula menghitung hari bila bakal berpisah dengan budak budak ni. Sedih. 
.
Tadi makan sekali, Lut siap pesan tak yah cari, nanti datang sendiri. Dan siap pesan suruh baca doa Rabitah. Kisah doa Rabitah ni aku ingat betul. Masa sekolah dulu, aku selalu fikir yang doa Rabitah ni untuk kahwin hahaha. Hmmm. Berjodoh dengan orang bawah (budak laki kat surau sekolah dulu kat bawah). Rupanya tak. 
 .
Sebenarnya, macam mana pun lah taraf kita, tetaplah kita manusia. Chit chat dengan budak-budak, berkongsi rasa hati, sebenarnya bagi aku itu satu terapi. Terapi untuk gembirakan diri. Dan menghargai mereka yang datang dan pergi.
.
Lagi 25 hari nak SPM. Semoga semua anak didik saya dipermudahkan. 
Kesimpulannya. Aku takdelah sedih sebab A dah taken. Dia macam biasa je sebab itulah kehidupan. Kehidupan tak semestinya berjalan seperti yang kita rancang. Tuhan tentu punya rencana terbaik buat kita. ❤️

Update:
Haritu berborak dengan budak budak ni dekat dm. Masa nak balik Lutfi siap pesan suruh baca doa Rabitah. Jangan cari dia akan datang nanti. Gitu kauuuu. Amboi kemain diorang bagi nasihat cinta buat aku haha. 

No comments:

Post a Comment