29 December 2022

Tentang Membuka Hati

"Kau kena bukak hati kau tu. Bukak hati tu bukan sekadar dah ready nak kahwin, tapi kau ready nak ubah cara hidup kau lepas kahwin. Contoh macam kau Nat. Kau ready tak nanti bila dah kahwin takde appointment sampai satu dua pagi? Ha. Selain doa, buka hati pun benda yang penting dalam nak kahwin." Ceramah Hana. 
Aku dengan Nat je yang single trang tang tang yang ada. Lain semua dah kahwin. 
Tiba-tiba Hana pandang aku dan tanya. 
"Kau iz?"
Aku panik. Apa aku nak kelentong. Dah lah kontroversi aku ajak gathering kat Jelai. Hahaha. 
"Aku, aku" nasib perhatian mereka dicuri oleh topik Nat semula. Haha. Selamat aku. 
Dalam masa tu, aku fikir. Bila berkahwin, sanggup tak aku nak ubah cara hidup aku. Yang sekarang ni bebas nak pergi mana -mana. 
Kalau aku kahwin nanti, suami aku tu bagi tak stay dekat sekolah lama-lama?
Kasi tak hantar ronda budak-budak ni sampai rumah diorang?
Pergi join aktiviti pengakap gila-gila punya?
Dan banyak lagi boleh ke yang muncul dalam fikiran aku. Dah lah aku plan nak ambil lesen diving dan buat terjunan 1000m nanti (walaupun gayat).
Sebab itulah buka hati tu, bukan sekadar nak dan berdoa, tapi bersedia untuk ubah hidup kita bila kita sudah diikat dengan dia. 
Begitulah. Sebenarnya isu nak kahwin ni tak pernah menganggu gugat aku lagi. Aku selalunya tak ambil serius tentang melangkah ke alam perkahwin dan berpasangan.
Tapi bila fikir balik buka hati pada pemahaman Hana dan disokong oleh Dayah, Tqah dan Tirah serta Jot, aku jadi berfikir dalam-dalam betul. Dah lah dalam tempoh ni aku sebenarnya all out sebab nak 'bayar' balik jasa-jasa pembayar zakat Negeri Sembilan yang menaja aku belajar sampai master dulu. Yang mungkin anak-anak dia dalam kalangan murid aku yang sedang aku santuni. Jadi, bila datang isu kau tak buka hati nak kahwin ke? Aku ni pernah broken ke sampai tak kahwin-kahwin, aku jem. Broken tu pernah lah. Tapi dah dua tahun melepaskan perasaan dengan tenang. Jadinya, aku sebenarnya takde lah isu tak percaya lelaki ke, apa apalah. Cuma entahlah. Nak kata aku memilih, dah memang kita kena memilih sebelum kahwin kan. Kata nak cari bapa kepada anak-anak. Gitu. Ye lah. Sapa je nak tersalah pilih an.
Mungkin tak usaha kot. Hahaha. Aku ingat aku cun meletop sangat ke sampai orang yang nak datang mengorat aku. HAHAHAH. Dah lah budak budak sekolah aku ni sibuk nak kenen dengan si A. Tapi maklumat sekarang yang dapat daripada Leha ialah single tapi tak pasti available ke tak. Parah. Sebab si A tu dapat banyak markah dari bebudak ni. Hmmmm. 

Semua orang ada masalah masing-masing, ada struggle masing-masing. Bak kata Jot 3 perkara struggle is real, mengandung, beranak. Apa kaitan aku pun tak tau. Aku pun dah macam Jot contoh takde kena mengena haha..

Dan betapa Tuhan kurniakan ujian dan dugaan mengikut kemampuan hamba Dia. 
Gambar gathering semalam. Heh. 

Spanish Villa,
28 Disember 2022,
10.00 malam - 6.00 pagi.

3 comments:

  1. comel disituu hakakk seniorr comel nieee hshshhss nnti gaduh lagii ajakk boss

    ReplyDelete
  2. Kenapa nangis baca entri nii

    ReplyDelete
  3. Insyallah fatin.. Serah pada Allah dan sentiasa doa supaya jodoh awak tu sentiasa sokong apa yang awak nak buat.. Percaya lah Allah akan hadirkan orang yg tepat.

    ReplyDelete