menjadi pemimpin bukan mudah . kena akui hakikat itu . populariti sahaja tidak mempu untuk menjadi kekuatan walaupun ia termaktub sedikit dalam kemenangan .
PILIHANRAYA kembali lagi . ya , aku akan bertanding kerusi Timbalan YDP Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan . kau ingat ini benda ringan ? menjadi antara penaung pelajar Negeri Sembilan Jordan yang ada kurang lebih 145 di sini , dengan pelbagai ragam dan latar belakang .
walhal sekarang ini aku memegang jawatan Timbalan Biro Pembangunan Modal Insan macam macam hal muncul , inikan pula bila menjadi antara yang tertinggi .
memang masa aku pertama kali sampai Bumi Jordan ini aku tak pernah pun fikir yang aku akan bertanding merebut jawatan ini , namun masa depan siapa tahu bukan ?
nah sekarang aku terfikir , kenapa aku tidak hantar saja surat pada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menarik diri daripada bertanding . aku telah menimbang tara beberapa hal yang pada aku labudda aku kena juga cuba bertanding , mewakili suara suara rakyat ( cewahh ) .
firman Allah subhanahuwa taala di dalam Quran nul 3zim , ayat ke 30 dalam surah baqarah
" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman ( kepada malaikat ) Sesungguhnya Aku akan melantik seorang khalifah di bumi ..."
dan melalui perlantikan ini ada tiga misi :-
- mengabdikan diri kepada Allah Taala
- mentadbir dan hubungan sesama manusia
- mentadbir makhluk , sumber galian dan sumber air di bumi.
sifat dan akhlak seorang pemimpin Islam
- mengharapkan akhirat dengan ikhlas semata mata kerana Allah ( kau tahu ikhlas ni susahhh faham ! 0..0 , Allah kurniakan aku hati yang ikhlas berbuat semuanya hanya keranaMu Rabbi)
- akal yang kuat , cerdik , cendikiawan , arif lagi bijaksana , pandangan yang tajam , bacaan yang luas ( aku confirm tak tergolong , bahan bacaan pun tak luas mana , pandangan lagilah tak tajam ..Y.Y .. Allah , kurniakan aku keluasan ilmu dan pemahaman )
- berakhlak dengan sifat al Hilm , tidak mudah marah , lemah lembut ( lemah lembut , orang maklum je aku ni sekasar kasar wanita *__* , Allah jadikan aku wanita yang berlembut pada tempatnya dan berkasar pada masanya )
- berani , bermaruah , tidak mebabi buta . ( Ya Latif , jadikan aku wanita yang bermaruah )
- bersikap As Siddiq ( aku pernah je menipu , untuk melindungi hak hak yang lain , Allah ampuni aku , :[ )
- tawaddu3 , rendah hati ( manusia kadang kadang tak sedar yang dia membongkak , Allah jadikan aku antara manusi yang tawadu3 )
- pemaaf ( Ya rabbi , moga aku dikurniakan sifat pemaaf )
- sabar yang tinggi ( aku kadang kadang hot jugak , Ya Hanan , aku mohon aku menjadi seorang yang sabar laksana kekasihMu saat diuji )
- tepati janji dan sumpah setia ( aku selalu je tak tepati masa )
banyak je lagi sebenarnya tapi aku jadi malu dengan diri sendiri masa menaip ni sebab banyak sangat ciri ciri seorang pemimpin muslim aku tak penuhi -.-
doakanlah yang terbaik buat diri ini , andai menang moga aku tidak digolong dalam golongan pemimpin yang zalim , andai kalah , moga aku terus berkhidmat untuk BKMNS demi bangsa agama dan negara .
dan kenapa saya bersetuju ? semoga aku mampu mengubah diriku kepada Hamba Allah yang lebih baik dan taat pada Al Khaliq . doakan doakan doakan saya .
minggu ini adalah minggu minggu terakhir
bersama keberadaan beliau
moga Allah berikan kesembuhan
may Allah shower His bless to you
akan terus mengagumi
dan mendoakan dari sini
biiznillah :)
satu rumah demam :3
syafakillah..
ReplyDeletesmoga semua ahli bayt redha cpt sembuh.. ^_^
Baik kak ydpah to be , doakan kami
ReplyDelete