1 April 2013

Kenapa Saya Bersetuju ?



menjadi pemimpin bukan mudah . kena akui hakikat itu . populariti sahaja tidak mempu untuk menjadi kekuatan walaupun ia termaktub sedikit dalam kemenangan .

PILIHANRAYA kembali lagi . ya , aku akan bertanding kerusi Timbalan YDP Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan . kau ingat ini benda ringan ? menjadi antara penaung pelajar Negeri Sembilan Jordan yang ada kurang lebih 145 di sini , dengan pelbagai ragam dan latar belakang .

walhal sekarang ini aku memegang jawatan Timbalan Biro Pembangunan Modal Insan macam macam hal muncul , inikan pula bila menjadi antara yang tertinggi .

memang masa aku pertama kali sampai Bumi Jordan ini aku tak pernah pun fikir yang aku akan bertanding merebut jawatan ini , namun masa depan siapa tahu bukan ?

nah sekarang aku terfikir , kenapa aku tidak hantar saja surat pada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menarik diri daripada bertanding . aku telah menimbang tara beberapa hal yang pada aku labudda aku kena juga cuba bertanding , mewakili suara suara rakyat ( cewahh ) .


 firman Allah subhanahuwa taala di dalam Quran nul 3zim , ayat ke 30 dalam surah baqarah

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman ( kepada malaikat ) Sesungguhnya Aku akan melantik seorang khalifah di bumi ..." 

dan melalui perlantikan ini ada tiga misi :-
  • mengabdikan diri kepada Allah Taala
  • mentadbir dan hubungan sesama manusia
  • mentadbir makhluk , sumber galian dan sumber air di bumi.
tapi bila tengok semula , checklist diri sendiri aku rasakan yang aku langsung langsung abadan abadaaaa tak layak untuk bertanding kerusi ini untuk menjadi pemimpin sebab , aku tahu diri ini masih tidak layak untuk menjadi pemimpin sebab ada je akhlak dan sifat yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin itu tidak ada dalam diri aku T.T [ O ' Allah please forgive me ]

sifat dan akhlak seorang pemimpin Islam 
  • mengharapkan akhirat dengan ikhlas semata mata kerana Allah ( kau tahu ikhlas ni susahhh faham ! 0..0 , Allah kurniakan aku hati yang ikhlas berbuat semuanya hanya keranaMu Rabbi)

  • akal yang kuat , cerdik , cendikiawan , arif lagi bijaksana , pandangan yang tajam , bacaan yang luas ( aku confirm tak tergolong , bahan bacaan pun tak luas mana  , pandangan lagilah tak tajam ..Y.Y .. Allah , kurniakan aku keluasan ilmu dan pemahaman )

  • berakhlak dengan sifat al Hilm , tidak mudah marah , lemah lembut ( lemah lembut , orang maklum je aku ni sekasar kasar wanita *__* , Allah jadikan aku wanita yang berlembut pada tempatnya dan berkasar pada masanya )

  • berani , bermaruah , tidak mebabi buta . ( Ya Latif , jadikan aku wanita yang bermaruah )

  • bersikap As Siddiq ( aku pernah je menipu , untuk melindungi hak hak yang lain , Allah ampuni aku , :[ )

  • tawaddu3 , rendah hati ( manusia kadang kadang tak sedar yang dia membongkak , Allah jadikan aku antara manusi yang tawadu3 )

  • pemaaf ( Ya rabbi , moga aku dikurniakan sifat pemaaf )

  • sabar yang tinggi ( aku kadang kadang hot jugak , Ya Hanan , aku mohon aku menjadi seorang yang sabar laksana kekasihMu saat diuji  )

  • tepati janji dan sumpah setia ( aku selalu je tak tepati masa )
banyak je lagi sebenarnya tapi aku jadi malu dengan diri sendiri masa menaip ni sebab banyak sangat ciri ciri seorang pemimpin muslim aku tak penuhi -.-

doakanlah yang terbaik buat diri ini , andai menang moga aku tidak digolong dalam golongan pemimpin yang zalim , andai kalah , moga aku terus berkhidmat untuk BKMNS demi bangsa agama dan negara .

dan kenapa saya bersetuju ? semoga aku mampu mengubah diriku kepada Hamba Allah yang lebih baik dan taat pada Al Khaliq . doakan doakan doakan saya .



minggu ini adalah minggu minggu terakhir 
bersama keberadaan beliau
moga Allah berikan kesembuhan 
may Allah shower His bless to you 
akan terus mengagumi
dan mendoakan dari sini
biiznillah :)

satu rumah demam :3


2 comments:

  1. syafakillah..
    smoga semua ahli bayt redha cpt sembuh.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Baik kak ydpah to be , doakan kami

    ReplyDelete