9 January 2013

Allah Uji

[TERKINI]
Assalamualaikum w.b.t,
Setelah berlangsung perbincangan antara Dr. Ibrahim Ubadah, Prof. Dr. Abdur Rauf dan pihak-pihak yang berkenaan, berikut adalah kata putus yang dibuat oleh pihak Jamiah:

KULIAH SYARIAH - Penangguhan imtihan dan cuti pada esok hari dikekalkan atas kemaslahatan para Doktor. - Bagi pelajar kuliah syariah yang tidak boleh untuk menunda imtihan, anda semua diminta untuk menduduki imtihan nihaie pada semester hadapan dengan syarat mengisi spreadsheet di bawah. - Bagi pelajar yang akan bergraduasi serta mempunyai masalah yang sama sila berjumpa dengan Doktor masing-masing untuk menduduki imtihan pada hari AHAD 13/1/2013.

KULIAH ADAB - Perjumpaan dengan 'Amid Kuliah adab akan berlangsung pada esok hari bagi membincangkan masalah ini. - Mohon untuk isi spreadsheet di bawah untuk kegunaan pihak kami.

KULIAH LAIN-LAIN (contoh: kuliah iqtisod) - Jika terdapat madah di kuliah selain dari Kuliah Syariah dan Adab, anda perlu berjumpa dengan Doktor anda sendiri pada hari AHAD 13/1/2013 untuk makluman lanjut.

Pihak MMY berharap agar para ahli MMY dapat bertenang dan bersabar dengan segala ujian ini. Yakinlah dengan janji TUHAN

di dalam FirmanNYA yang bermaksud :

{ Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,;(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan } Surah Al-Insyirah, ayat 5-6.

Segala kerjasama saya dahului dengan jutaan terima kasih dan Jazakumullah.

Moga segala urusan kita dipermudahkan TUHAN.

" MMY Menerajui Mahasiswa Berkualiti " " Komuniti Inspirasi PERMAI " AHMAD SYAHIR BIN MOHD AMIR, Pengerusi, Majlis Mahasiswa Yarmouk, Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid sesi 2012/2013.

_________________________________________________________

patutnya tiket balik tanah air 14 Januari , tiba tiba exam 15 Januari . boleh tangguh ke fasal depan , tapi rasanya tangguh tiket yang terbaik .

tapi tadi pergi AirFrance ( agen tiket ) chek tarikh 18 Januari Oman Airlines : FullBooked .

mungkin tukar Airlines ke Qatar Airways . =)

moga Allah mudahkan .


telefon emak 
emak kata buat yang terbaik
dan esok
emak bertolak ke tanah suci dengan ayah dan syeikh
doakan doakan moga mudah 
dan tukar tiket harga murah 
:)

3 comments:

  1. Ujian hebat untuk org yg hebat!
    Semasa musafir, doakan kami rakan-rakan mesir berjaya dan naik tahun ala tul. Allhuma amin.

    Moga yg terbaik,ukht!

    ReplyDelete
  2. faiznur... u stil have chance to buy ticket 18 with oman air..
    kteorg dentist rmai yg tiket oman 18hb... n kteorg nyer exam yg sptutnya 10hb akn tunda ke 19hb.. so dyorg2 akn tkr tiket lg lmbt.. which means it will be available ticket on 18.. just keep calm n stay pray to Allah may ease u...

    ReplyDelete
  3. leha : doakan doakan doakan kami disini :)

    dr lina : semalam check dia kata fullbooked. dan saya dah tukar Qatar :)

    ReplyDelete