4 July 2012

Hujan Yang Membersih

Negara itu,
Jejaknya para anbiya,
Asalnya Firaun tak mengaku hamba,
Terbelah lautnya tanda kuasa Dia.

Negara itu,
Berabad lamanya digigit kezaliman,
Berabad lamanya mendung tanpa hujan,
Berabad lamanya pemerintahan tanpa ingat Tuhan.

Kini,
Hujan dan bayu membersih tanah itu,
Hilang kotoran,
Hilang kezaliman,
Dan korupsi sirna hari demi hari.
Lalu,
Mewarnai tanah barakah itu,
Memberi terang negara gah itu.

Harapan kecilku,
Disalah satu sudut dunia,
Naiknya beliau;menyemarak Islam,
Bersatu diatas jalan Allah dan Rasulullah,

Dan;awan mendung tadi,
Diganti pelangi;gemerlapan seantero alam,
mencipta bahagia disini dan disana..


sempena naiknya Presiden Morsi,
moga Allah berkati.. ^__^

1 comment:

  1. Yup, semoga presiden baru kali ini memimpin lebih baik, bukan sahaja untuk Mesir, malah membantu memberi khabar gembira buat sekalian saudara yang tertindas di bumi Palestin..

    ReplyDelete