11 July 2012

Apa Ertinya Hidup.

Pagi-pagi gerak ke kelas,
Terlihat pelajar medic tahun enam di bangunan sebelah Casa Intelek.
Sebab nampak susuk Saudara Naqeb Sulaiman,bekas presiden.
Saya agak nama mereka Fikri,Kamal,Ihsan dan Sufi.
Mereka pasti banyak kisah setelah 6 tahun disini.
Dan pasti tak sabar mahu pulang ke tanah air berkhidmat pada bangsa agama dan negara.

-----------------------------------------------------------

Melalui bukit.
Saya pandang ke arah bangunan sebelah bukit.
Sakan Sakran,harap ada keajaiban berlaku..
......
Hampa,tiada apa-apa.
Hanya ruang sepi.

--------------------------------------------------------------

Masuk ke pagar.
Beri salam pada pakcik jaga.
Teringat ayah saya.
Mungkin pak cik itu sebaya ayah?

---------------------------------------------------------------

Panjat tangga yang ada 13 mata.
Biarkan arab memotong.
Naik dan pandang.
Seorang perempuan,saya agak namanya Sarah.
bawa dua cawan kopi.
Mungkin untuk temannya di kelas nanti?
Tepat..
Ada santun bicara pada cara nya memberikan kata.

------------------------------------------------------------

Kelas bermula.
Panas,berpeluh,mengantuk.
Ahh,tak boleh biarkan.
Beralih tempat.
Aku lelap akhirnya.
Doktor English tegas.
Rindu ayah lagi.

------------------------------------------------------------

Maktabah selepas memampatkan perut dengan falafil.
Mak cik cleaner menghalau untuk duduk di tempat yang di bersihkan.
Dia tebongkok bongkok mengelap lantai.
Memerah,mencedok.
Teringat emak.
Mungkin usianya sebaya emak.
Aku agak namanya Aminah.
Bekerja untuk menyara anak yang masih bersekolah.
Sedih.
Siapa yang membantu emak di rumah?
Aku lupa,ada cik Ida.
Harap dia terus kuat berkhidmat pada kami.

-----------------------------------------------------------

Memangdang ke musolla.
Kanak-kanak.
Mungkin seumur dengan Waseem.
Solat sunat Dhuha.
tersentak hati ini.
aku rasa namanya Abdullah.
Ayahnya bekerja di Maktabah itu.
Mungkin pakcik mengemas buku itu?
Teringat adik-adik di Malaysia.
Moga semua sihat belaka.

-------------------------------------------------------

lukisan separuh pagi di Jordan.
mengislahkan diri.
Melihat figura figura manusiawi.
adakah kita sedari,untuk apakah penghidupan ini?

No comments:

Post a Comment