20 February 2012

Buat Akhwat dan Muroqeb

AKHWAT KOTA IRBID dan SYABAB PERKASA


siapa itu AKHWAT KOTA IRBID?

golongan SISWI yang tinggal di kawasan Bandaraya Irbid,Jordan

siapa itu SYABAB PERKASA

golongan SISWA yang bertugas menjadi MUROQEB untuk SISWI-SISWI

apa itu MUROQEB?

SYABAB PERKASA  yang mengawasi pihak AKHWAT sepanjang perjalanan..

kenapa perlu berMUROQEB?


akhwat : kenapa perlu MUROQEB?

muroqeb : kami mahu menjaga kamu berlandaskan apa yang Islam suruh jaga..:)

ya,kerana ini..kerana itulah kita HARUS menggunakan MUROQEB


ini dia kisahnya..kisah MUROQEB yang tak pernah selesai biarpun dari menjejakkan kaki di airport Queen Alia hinggalah memijak semula Kuala Lumpur International Airport..

kisah ini tidak pernah selesai,tidak pernah habis,tidak pernah basi,tidak pernah lapuk.

kerana saban tahun ada delegasi SYABAB PERKASA dan AKHWAT KOTA IRBID tiba di perbandaran Irbid ini.

yang menjadi kesedihan saya,kenapa hal ini perlu dipanjang-panjangkan?

kenapa perlu dibising bisingkan?

kerana kita semua bersalah..

AKHWAT salah sebab pergi tanpa MUROQEB,

SYABAB PERKASA salah sebab perli memerli dengan perkataan yang membuatkan orang sakit hati..

AKHWAT yang dirahmati Allah sekalian,

kalian kena ingat,kalian sangat berharga.

umpama PERMATA yang mahal harganya..

umpama GULA-GULA dalam bekas kaca..

dan pelbagai perumpaan lagi..

walaupun tak semua,

kerana nila setitik rosak susu sebelanga,

kerana halawiyat,rosak gigi semuanya..

SYABAB PERKASA.

saya tahu anda banyak berjasa,

membantu bila ada masa,

meredah sejuk demi mereka,

meninggalkan study semata-mata,

namun,kerana mulut badan binasa..

walau tak semua,sebahagian membuatkan AKHWAT kecewa.

walaupun bukan dengan nada,

dengan tulisan itu lagi merbahaya..

Saudara-saudariku yang di rahmati ALLAH..

semalam pulang bersama muroqeb,

lalu membincangkan hal ini,

maka dia pun bertanya saya,

saya pun berkata,

"kalau saya,saya pilih yang mengurangkan mudharat"..

isunya,keluar tanpa muroqeb..

kerana mereka khuatir,

mereka cakap,

tapi sepatutnya bukan dengan perlian,

dengan nasihat,

bukan dengan pos blog memarahi mereka,

tapi,berterus teranglah..

bukan dengan itu,bukan dengan ini..

mungkin ya juga pihak muroqeb terasa hati dengan barisan akhwat,

tapi berteguran itu indah bukan,

memperli,bukan semua boleh terima,

lalu muroqeb saya berkata lagi..

"isilah borang baitulmuslim,nanti ada orang jaga selalu.."

secara peribadinya saya setuju..^__^

pada sesiapa yang suka keluar tuh,cepat-cepatlah ye..


kadang-kadang mungkin akhwat terlepas pandang,syabab juga jangan tuduh melulu,bila mengatakan akhwat seolah-olah suka ditimpa musibah..

siapa suka ditimpa musibah?

akhwat-akhwat juga terlupa,kerana namanya manusia..nah saya titipkan 5 pesanan buat kalian.

saudara saudariku yang dikasihi...

mungkin kerana terlalu risau,

barisan kaum perkasa mengatakan macam-macam,

mungkin kerana terlalu risau juga,

akhwat-akhwat tidak memanggil kalian..

sama-sama kita fikir,kita renungkan..

Buat AKHWATku,

sayangi diri anda,rakan-rakan dan seluruh yang berada di sekeliling anda..

hargai mereka,meraka akan hargai anda..

buat SYABAB PERKASAku,

terima kasih atas segala bantuan,

semoga Allah menjaga nisa' penting disekeliling kalian lebih dari penjagaan kalian terhadap kami..

kerana dirimu begitu berharga AKHWATku,

dan aku cinta kalian kerana DIA,

dan ketahuilah kita beruntung ada mereka,

kerana bila aku menitipkan kisah MUROQEB kepada sahabatku di Morocco,

dia berkata.."untungnya ada muroqeb,sini susahlah.."

akhir kata,bersyukur,berfikir,baru bertindak..

pos ini bertujuan bukan apa-apa,sekadar bicara di malam yang dingin..

sekadar kita semua membuang sikap menuding jari pada mereka..

kita atau mereka,dan ingatlah,

KITA SEMUA BERSAUDARA..

p/s::lepas ni jangan dok gaduh-gaduh lagi ya tentang hal ini..Allah tak suka orang bermusuh..jaga mata pena kita,bairpun sebaris status,sebuah komen,sebiji pos..:)


selepas membaca dua entri ini,saya tergerak menaip pos diatas..



moga Allah redhai kita semua..kerana kita bersaudara..lepas ini semakin ramai menawarkan khidmat MUROQEB,akhwat,kita sama-sama berjaga-jaga..



terima kasih juga kepada barisan Irbid Guardian's yang bertungkus lumus dalam segala hal..

juga buat barisan kepimpinan PERMAI juga masyarakat Melayu Irbid yang CAKNA dengan kami dan kamu..

1 comment: