9 June 2011

hanya 3 soalan..

assalamualaikum wbt..salam mujahadah..salam ukhwah buat pengunjung blog kali ini..

apa khabar iman kita hari ini??moga2 semuanya dalam keadaan baik2 belaka..

kali ini..saya tertarik untuk berkongsi hanya 3 soalan yang menguji minda yang membuatkan saya jadi malu sendirian bila mengenangkan bahawa saya tidak pernah terfikir pun tentangnya..

saya sebenarnya dalam perjalanan menghadam semua isi penulisan Dr.Faisal Tehrani dalam antara karya terbaru nya iaitu 3 KALI SEMINGGU..


dalam buku ini..dimuatkan 15 cerita yang mencabar minda..sungguh..minda saya terdera membacanya..

saya ingin kongsikan kisah ke 5 daripada 15 kisah yang termuat dalam buku ini..

CINTA MADENI..mengisahkan tentang Zanjabila dan Madeni..mereka adalah teman sepenyelidikan.sesungguhnya,dalam kisah ini,mereka diceritakan akan membentangkan kertas kerja secara bersama mengenai "konsep waktu menurut islam".Mereka obseskan  seorang wali Allah bernama Nuh Ha Mim.Ayah Madeni mengingatkan Madeni "kahwinlah dengan Zanjabila segera.Meski kau dan dia pandai menjaga syariat,tetapi aku tidak senang hati kalian ke sana ke mari."Maka berlangsunglah plot kisah padat dengan pembentangan Madeni dan rakannya tentang konsep masa menurut islam.Sampailah diakhir helaian kisah ini,disinilah munculnya 3 soalan.Soalan ini diutarakan olej Zanjabila saat Madeni melamarnya.

soalan1::terangkan apakah kubur yang berjalan bersama penghuninya..

soalan 2::apakah makhluk yang dapat mengingatkan bangsanya,tetapi bukan dalam kalangan jin atau manusia..

soalan3::apakah makhluk yang berjalan di atas muka bumi ini tetapi tidak satu pun lahir dari kandungan ibunya..

sekiranya anda tahu..jawablah di dalam hati..sesungguhnya..saya sendiri pun terfikir setelah mengetahui jawapannya..
-
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

JAWAPANNYA..

soalan 1::
KUBUR TERSEBUT ADALAH IKAN YANG MENELAN NABI YUNUS HINGGA BAGINDA DIBAWA MENGELILINGI 7 LAUTAN..

soalan 2::
SEMUT DALAM KISAH NABI SULAIMAN.SEMUT TERSEBUT BERSUARA"WAHAI PARA SEMUT!MASUKLAH KEDALAM SARANG ANDA SEMUA AGAR TIDAK DIPIJAK OLEH TENTERA NABI SULAIMAN DALAM KEADAAN MEREKA TIDAK SEDAR."

soalan 3::
5 MAKHLUK TERSEBUT IALAH,NABI ADAM,ISTERINYA SITI HAWA,UNTA NABI SALEH,KAMBING@KIBASH NABI IBRAHIM YANG DIGANTIKAN OLEH ALLAH TATKALA KEAZAMANNYA UNTUK MENGORBANKAN NABI ISMAIL DAN ,ULAR YANG MENJELMA DARI TONGKAT NABI MUSA,SEMUANYA LAHIR BUKAN DARI KANDUNGAN IBUNYA..

dan jawapan jawapan ini membuatkan saya terfikir semula..

sekadar ini sahaj untuk perkongsian kali ini..insyaAllah,kita bertemu di lain entri..

wallahu'alam..

2 comments:

  1. aku dah beli buku ni..tp mane aku letak lupa la, belum baca lagi, sob..sob.. :( mesti best kan..

    ReplyDelete
  2. best sangat..memang terfikir kite jadi ea..

    ReplyDelete