Assalamualaikum dan salam perjuangan buat pengunjung blog hamba buat kali ini..
Moga hari ini lebih baik dari semalam..
Sebenarnya hamba bukanlah dari golongan yang 'bijak' dalam bab-bab penulisan..
Oleh itu..kadangkala isi-isi blog ini agak pincang pengisiannya..
Mohon maaf pada semua ya..(" ,)..
berjalan jalan di laman sosial..
mengelik-ngelik tetikus..
tak disangka-sangka..
melawatlah album seorang teman..
bukan nak kata apa...
tapi mengapa??
Kau..
Sahabatku..
sering berkongsi kisah lewat 2007 hingga kini..
Mengapa kau begini sekarang sayang??
Adakah kerna persekitaranmu??
Adakah kau ingin memberontak kerna masa lalumu??
Adakah kerna kau ingin menjadi seperti mereka??
Mengapa..
Mengapa..
Dan mengapa??
Masih kuteringat..
Bagaimana cara kau menerangkan hukum-hukum ayat Allah padaku..
Masih terngiang-ngiang..
Di cupingku..
Suara mu yang merdu mengalunkan ayat-ayat cinta dari Sang Pencipta..
Masih terbayang di tubir mataku..
Kau berdiri dihadapan ratusan pelajar menyampaikan tazkirah..
Masih teringat kau sering menjadi imam kepada jemaah solat tiap Ahad dan Sabtu..
Masih kuingat semua..
Tidakkah kau ingat..
Ketika kau melangkah keluar..
Apa pesanan sahabat-sahabatmu..
Jaga solat..
Jangan lupa pada AlQuran..
Masih kau ingatkah janji-janjimu??
Hai sayangku..
Sesungguhnya..
Aku kecewa melihatmu begini sekarang..
Kutahu..
Kita tiada apa-apa hubungan istimewa..
Aku hanya kawan biasa di antara beribu-ribu sahabatmu..
Yang terselit tersepit diantara mereka..
Yang selalu membebel tentang penjagaan aurat..
Penjagaan solat..
Penjagaan hubungan..
Yang tiap kali menempel nasihat..
Yang x pernah jemu mendekatimu..
Biarpun kau makin jauh dariku..
Sahabat..
Aku tahu..
Aku anak kampong..
Yang biasa berjalan tanpa selipar..
Yang biasa bergelumang dengan bom-bom kerbau..
Yang bermain dengan ayam itik..
Yang biasa-biasa sahaja penampilannya..
Yang tidak tahu bersosial..
Kau anak pekan..
Yang x biasa melangkah tanpa sepatu..
Yang tidak tahan dengan bau lori sampah..
Yang hanya tahu makan ayam itik..
Yang ada kelass penampilannya..
yang bergaya orangnya.. 
Yang sering bersosial..
Teman..
Mana segala perjuangan mu dalam menegakkan agama Allah dahulu??
Mana semangatmu dalam melontarkan tazkirah??
Tidakkah engkau bertadabbur dengan firman-firman Tuhanmu??
Sahabat..
Harapanku..
Dari kejauhan..
Berubahlah..
Bukan kau tidak tahu tentang hukum hakam..
Bukan kau tidak pernah tertarbiyah dengan semua itu..
Bukan kau dilahirkan dalam keluarga kafir..
Bukan kau tidak pernah kenal dengan ISLAM..
Sayang 1000 kali sayang..
kau buat seperti kau si buta..
kau si tuli..
dengan segala ilmu mu..
denagn segala pengetahuan..
Masih ada masa..
Masih ada tika..
Masih punya waktu untuk berubah..
Aku sentiasa mendokongmu..
dalam tiap perubahanmu kearah Yang Maha Satu..
Masih belum terlewat..
Untuk kita menyesali dan bertaubat..
Sesungguhnya..
Allah itu Maha Pemberi Taubat..
Maha Pengampun..
Maha Penyayang..
Ikhlas dari,
~AKU~
Yang sentiasa risau tentangmu..
Wallahu’alam
hmm..sungguh mendalam puisi ini..suke~ iz, sajak ko yg dpt juara kt maskan dulu, ade simpan lagi x..klau ade, publish la kt snie..aq suka sajak tu, hehehehehe...
ReplyDeleteooo..ha..insyaAllah..
ReplyDeletelike2
ReplyDeletethanks amad..
ReplyDelete