28 December 2010

dalam kehidupan ini..

bersyukur kita dapat bertemu di dalam entri blog kali ini..salam sejahtera diucapkan kepada para pengunjung..moga kita terus berada di bawah naungan rahmat Nya..

Bengkel brainstorming Akademi Sukses siri2/2010..
25&26 Disember 2010..
Rantau Agropark Homestay..



 wanita:kak aina(tunang abng hazwan),kak lina,iqa,lawyer membebel,syue,cik motivatir,pzah,hamba..
lelaki:abng hasyim,abng sabri,syahir,aimin,nuqman,acap,abng hazwan,cikgu mohammad,abng luqman,zahid..


Ini adalah kali pertama hamba mengikuti bengkel brainstorming@perah otak,bersama Akademi Sukses..
Majlis yang berlangsung di Rantau Agropark Homestay mengambil masa selama 24 jam kurang lebih..
Rantau Agropark Homestay adalah sebuah resort baru.Ketika kehadiran krew2 Akademi Sukses ke sini,tempat ini belum siap sepenuhnya,ia masih dalam pembinaan..
Dari zahirnya,baru 99% siap..

Hamba tiba di tapak majlis kurang lebih pukul 10 pagi..Tika itu,hanya Hafizah dan Kak Salbiah baru tiba..Seterusnya diikuti dengan  si baik hati,Nuqman Harith..
Kurang lebih 20 minit berdiri di tepi sungai(agropark tepi sungai),kami diajak ke pejabat urusan Agropark..

Kurang lebih 1jam menanti dengan penuh debaran,maka muncullah Cik Zaleha bersama angkatan mereka;Fatin si Lawyer,Kak Lina si Kaunselor,Chegu Iqa dan Syuhaida..

Aktiviti brainstorming bernula selepas SOKAN(solat+makan) selesai..
Kali ini kami mengkhusus pada “PEMASARAN dan KEWANGAN”
Dimulakan oleh Cikgu Muhammad dengan taaruf cara pengenalan huruf pada nama..(ayat nie macam x faham je)..
::faiz,fatin,fiza::

F:
f l e k s I b e l
A:
a m a n a h
I:
i h s a n
Z:
z I g z a g..

Macam niela kami taaruf..




Dalam banyak-banyak Cikgu Mohammad cakap..
Ini yang paling hamba suka.. 
”TERPELAJAR,SANGGUP BELAJAR”..

:abang sabri:



Seterusnya,
Aktiviti diteruskan dengan pengisian oleh Abang Sabri..
Paling hamba tertarik ialah bila beliau menerangkan tentang research dan dalam panjang-panjang beliau berucap,
”BERI APA YANG MEREKA TIADA”..
Cukup hamba minat mentafsirkannya..
Maksudnya..
Kita kalau nak bagi pada seseorang,bagilah benda yang mereka tiada,..







Selepas solat Isya’..
Kami meneruskan lagi aktiviti kami..
Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan..
Kumpulan pertama:PEMASARAN(mencari pasaran)
-Aimin,Zaleha,Zahid,Afiqah,Nuqman,Abang Sabri,Acap,Kak Lina,Syuhaida,Syahir,
Kumpulan kedua:KEWANGAN(sumber kewangan)\
-hamba,Fatin,Kak Sal.Pzah,Abang Hasyim,Muaz,Trah,Fadhli…

PEMASARAN:mencari pasaran untuk Akademi..
Preview di sekolah-sekolah..
Diberi mengikut daerah..


:buat poskad:

KEWANGAN:membuat 1000 keping poskad untuk jualan..

:night walk:
Dalam tengah sibuk-sibuk menjalankan tugas masing-masing..
Tiba-tiba,
Masuk salah seorang staff Agropark..
Rupa-rupanya menyampaikan perkhabaran tentang “night walk in the jungle”
Banyak jugak pantang larang masuk hutan nie..
1:baju warna cerah dilarang..
2:kasut,semestinya…
3:jangan cakap besar..
4:jaga mulut..
5:beringat-ingat..

Hamba pun x sangka yang hamba akan menyahut seruan naight walk tu..
Yela..sape x teruje..ada kelip-kelip tu..
Maka kami pun bersiap..
Tapi..almaklumlah..
Tak sangka akan ada aktiviti macam nie..
Langsung x bersedia..masuk hutan dengan memakai crocs yang licin..
Waduh..gimana nie..ada gak peserta-peserta lain yang pakai selipar je..

Tapi Si Lawyer Membebel x ikut sebab x de seluar ditemani oleh Cik Kaunselor..
Perjalanan dimulakan kurang lebih 12.15 malam..
Pheeeww…cuak..seram..bercampur menjadi satu..
Peserta perempuan berjalan ditengah-tengah diantara peserta lelaki..
Kami diberi password..
Sebab ape ye??Ha,sebab takut-takut nanti adalah “sesuatu”yang mengikut pulang nanti..

Sewaktu dalam perjalanan..memang ada peserta yang tergelincir..
Hai,hamba pon apa kurang nya..haha..
Faktor keadaan muka bumi yang licin dan si crocs ysng licin menjadi punca jatuh..
Agaknya kalau adalah anugrah siapa yang jatuh paling banyak,pasti hamba merangkulnya..
Pheeww..sakit tak terkatalah..
Dengan menggenggam duri,masuk Lumpur,selipar tertinggal dalam Lumpur,pijak kasut guide,macam-macam..
Depan hamba adalah Syue dan dibelakang adalah Zaleha..
Syue punyalah laju..sampai tak terkejar..
Dengan cermin mata tiba-tiba berkabus..huh!!


Dalam perjalanan,ada ular sawa melintas..cuak gak..

:gambar google:

Yela..kot-kot ditelan nya kami..
Memasuki lubuk “makhluk paling seksi(mengikut kata En.Tookeey)a.k.a KHINZIR..
Berhenti di perkampungan makhluk-makhluk haluss..
Memang kat kawasan tu lapang dan tenang..

Setelah jatuh,berhenti,tercucuk duri beberapa ketika,mengharungi detik-detik mencemaskan..
Akhirnya jalur-jalur cahaya kelihatan..
Ya!!itulah resort kami..
Alhamdulillah..syukur x terhingga..
Maha Suci mu Ya Allah..kami tiba jua..


::kesenian tercipta::



 inilah hasinya..
macam baru balik sawah..
Macam kerbau,..yela,bau Lumpur kan..













Sambil menikmati jambu yang diberikan sebagai hadiah,kami mendengar sedikit kesimpulan@ulasan daripada krew-krew Agropark..
Pesanan yang paling hamba ingat ialah daripada empunya resort,En.Hazimin..
*sebagai ketua kita mesti selalu bersedia..
*kene saling kerjasama..

Bab saling kerjasama memang banyak ditegur,..
Bak kate salah seorang dari mereka..”alert” sikit..
Ape taknye..
Cikgu Mohammad sampai jatuh 3 kali sebab sign tentang bahaya x sampai belakang..

Ada seorang krew cerilah tentang kejadian ghaib yang berlaku..
Dimana diantara kami ada makhluk tinggi bertanduk..
::gambar hiasan hasil imaginasi penulis::
Phewww~berderau darah dengar..
Dan sebenarnye kami sesat dalam hutan tu..

Aktiviti tamat kurang lebih jam 1.45 pagi..
Kami membersihkan diri lalu berehat..

26 disember..
Setelah bersarapan,kami meneruskan agenda kami:sambung kerja-kerja yang terbengkalai..
Agenda berterusan sehinggalah jam menunjukkan 1 tghari kurang lebih..
Penutupan oleh Abang Hazwan, dan Cikgu Muhammad..

Sesungguhnya banyak yang dapat hamba timba daripada bengkel brainstorming ini..

*kerjasama..
*kesepakatan membuat keputusan..
*mencari sumber kewangan..
*sentiasa bersedia..

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini..

Wallahua’lam..

~masa lalu adalah pendidikan~

No comments:

Post a Comment