1 March 2024

Batch 06

Batch 06 ni batch tingkatan satu masa aku posting dulu. Dah tingkatan 5 diorang. Alhamdulillah tinggal 2 subjek je lagi. Akaun dengan PQS.
Sekarang aku in duty jaga diorang. Tahun lepas masa aku jaga, semua wajib bangun pergi masjid pukul 5 pagi. Masatu, Ustaz Ammar pun dah latih diorang bangun sebelum subuh. 
Tahun ni pun aku buat yang sama. Tapi bangun pukul 6 sebab Subuh lewat. 
Masuk hari keempat bangun sebelum pukul 6, harini bila kejut sikit senang bangun dah. Kecuali Fattah, Hariz dengan Emon. Tapi ada penambahbaikan lah berbanding awal-awal dulu. 
Bila kita bangun awal, 24 jam tu kita rasa lama. Dan banyak. 
Masalahnya sekarang ni, budak-budak ni bangun pastu sambung tidur balik. Eeee geram je. 
Haha. Harini kejut sikit dah bangun. Tapi tetap nak buat ritual garu badan untuk nyaman tu. Hmmmm. 

No comments:

Post a Comment