21 February 2023

Kasih Ibu Tidak Bertepi 1

Bila jadi cikgu dan warden, aku banyak bermuhasabah diri sebenarnya. Menguruskan anak-anak yang sedang meningkat naik. Emosi yang perlu dibelai, namun pada masa yang sama, banyak keterbatasan yang tak dapat aku lakukan. 

2020;
Hari itu hari Jumaat. Aku ke dewan makan untuk menikmati makan malam. Tiba-tiba budak tingkatan 4 (batch Lut) jumpa aku dan bagitahu pasal H. Aku panggil H. Dia masih berbaju melayu sekolah pagi tadi. Dan seluar melayu dah berlumpur. Petang itu, hujan turun tanpa silu. Membasahi bumi dan menyeluti tanah merah di halaman surau. Budak ini baharu sahaja satu minggu di sekolah. 
Aku bertanyakan soalan. Suaranya perlahan sekali. Pelitup muka tetap tidak ingin dibuka. 


Bersambung. ...... 

No comments:

Post a Comment