13 November 2022

Malam malam kita bersila

Esok hari pertama untuk SPM 2022. Kertas lisan pertama ialah subjek Usul al-Din.
Mengenang hari-hari kita menghafal hadis di tengah-tengah dewan terbuka kurang lebih dua tahun.
Mengenang engkorang kita kena jumpa Ustaz Solah, Ustaz Suhaimi, Ustaz Mazlan dan guru-guru pilihan sebab tak habis tasmek.
Mengenang hari-hari engkorang kena baca hadis setiap kali kelas sebelum ustazah masuk. 
Semoga, semua usaha kita ini menjadi bukti bahawa kita telah mencuba dengan sebaiknya. Hanya Allah yang menentukan segala hafalan kita esok. 
Buat anak-anak (adik-adik lebih tepat) 5 Abu Bakar 2022;
Ustazah mendoakan agar Allah mengurniakan segala yang terbaik untuk korang, memberikan ilham dan kefasihan dalam menjawab esok. 
Moga, hari-hari indah yang kita lalui selama ini menjadi pendorong untuk saling menguatkan. 

Ikhlas dan sayang,
Ustazah Faiznur yang selalu ingat korang. 

Gula-gula pedas Aiman.

No comments:

Post a Comment