6 April 2022

Integer dan Nombor Bulat

"Cikgu."

Aku terdongak. Terus tepat ke dalam matanya yang hitam memekat.

Melihat matanya digenangi air. Disebalik mask hitam itu, aku tahu dia sedang menanggung rindu. 

Aku sedang fokus mencari-cari dimana aku letakkan kunci perpustakaan. Rasa letak atas meja sebelum turun kelas tadi. Pengsan. Kalau hilang satu hal pulak.

"Cikgu Faiznur." Aku berpaling ke kiri. Aku lihat ada seorang murid baru tingkatan satu di sisi meja.

"Ye, saya Cikgu Faiznur. Kenapa?" 

"Boleh ke kalau cikgu dengar penerangan integer saya?"

"Eh, kenapa cikgu?"

"Sebab cikgu lain orang dah ambik."

"Macam mana awak tau cikgu belum lagi?"

"Sebab takde sapa sebut nama cikgu."

Aku ketawa selepas mendengar penjelasan dia. Dia meletakkan test pad yang ditulis penuh nota integer. Aku lihat ZF tertera pada bahagian nama.

"Integer ialah"

"Eh, apa integer dalam Bahasa Inggeris?" Aku soal ZF. Dia kaget. Tiba-tiba Tim Yem menyampuk,

"Integer tu BM sama BI lah kak", aku ketawa mengakui kebodohan. Mana aku tau, dulu belajar dalam Bahasa Inggeris. 

ZF menerang dengan lancar sambil-sambil aku bertanyakan soalan berkisar integer. Tiba-tiba dia menyuruh aku menjawab soalan yang tertera.

"Sifar ialah nombor bulat. Betul ke salah, cikgu?"

"Ha betul. Sebab ada jawapan dekat atas ni."

"Emm tapi dia jadi nombor bulat sebab dia bulat ke?"

Aku bertanya kepada ZF. Dia ketawa. Dia fikir aku mahu mengujinya. Kalaulah dia tahu aku dan matematik itu ibarat anjing dengan kucing, pasti dia merasakan dirinya jauh lebih cerdik daripada aku. ZF menerangkan kepada aku bahawa semua nombor ialah nombor bulat. Ah sudah. runsing aku entah betul tidak jawapan dia.

"Meh sini cikgu tulis soalan. Awak tanya cikgu matematik esok."

Dengan pantas aku mencoretkan "kalau semua nombor merupakan nombor bulat, kenapa dinamakan nombor bulat?" . Aku meletakkan pen dan membawa keluar cop nama sebagai tanda murid itu telah bertemu dan menyelesaikan tugasan matematiknya.

"Cikgu, saya ada hingus".

Dia menyatakan kondisi dirinya. Awal-awal ni, memang sekolah tidak sunyi dengan tangisan sokseksoksek budak-budak baru. Aku cuak juga sebenarnya. Sekarang dah lah musim Covid.

"Em. Kalau hingus ni awak kena selalu hembus. Atau bawak tisu. Tukar mask selalu. Awak tukar mask tak?"

Bukan aku tak tahu, kadangkala budak-budak ni pakai mask yang sama untuk seharian sesi persekolahan. 

"Tukar cikgu. Tapi tadi baru menangis".


Baru perasan ada draf ni. Apa sambungan pun dah tak ingat. Hahaha. Si ZF ni pun dah tak nangis. Dia ni sebijik salin si Zikry. 


No comments:

Post a Comment