6 July 2021

COVID; 2020-2021

Hari ini Julai 2021. 3 Julai lepas Ikram mesej bagitahu dia positif covid. Masa ni Ikram dah kerja dekat Nilai. Surat khabar angah yang bawak sebab dah tinggal satu je. Banyak yang jadi belakangan ni. Semalam, ayah Fawwaz meninggal sebab covid. Aku tak pernah sangka yang aku akan mengahdapi kehidupan di dalam wabak ini.

6 Julai Ikram dah masuk pusat kuarintin dekat Stadium Nilai. Hanya doa aku buat kau Kam, semoga cepat sembuh dan kita dapat berkumpul macam dulu balik.

Kami di rumah merindui lawak-lawak kau. Kau ingat tak masak sebelum kau pergi Nilai, aku tak ingat hari apa dan apa hal tah, aku cakap "nanti kalau aku meninggal, mesti kau cakap baru je buat aku sakit hati. Mesti kau menyesal masa tu" haha. Tapi hari ini kau yang sakit. Emak menangis hari-hari. Bapak pun doakan kau hari hair.

Baik baik Kam. Semoga kau cepat sembuh dan balik rumah. Dekat rumah dah ada Blackie. Umar pun dah pandai cakap. Kitaorang dah beli tiang gol dan nanti nak beli gitar.

Sedih pulak aku tulis ni haha, aku nak buat kerja IPG. 

Kalau tetibe kau terjumpa blog aku kam, ketahuilah yang aku sayang kau. Mestilah. mana boleh tak sayang. Kau satunya adik aku. Yelah selain Aaul dengan Echom.

XXD bye Ikam

No comments:

Post a Comment