20 May 2016

Sila Tangkap Suami Saya

"Assalamualaikum, pejabat agama islam daerah Seremban. Apa boleh saya bantu."
" waalaikumsalam, iya saya perlukan pertolongan. Suami saya punyai perempuan lain dan tinggal bersama wanita itu di rumahnya."
" sudah berapa lama usia perkahwinan puan?"
" sudah tiga tahun."
" apakah perasaan puan?" --> soalan bongok aku pergi tanya.
"Saya berasa tertekan".
"Ok. Puan mahu berpisah atau khidmat nasihat?"
" Saya bukan mahu khidmat nasihat atau berpisah saya mahu pejabat agama menangkap suami saya."
" oh. Kalau begitu puan, boleh refer ke bahagian penguatkuasa di talian ini (aku lupa nombor penguatkuasa).Pejabat agama kalau nak kahwin ke bercerai ke boleh refer kami. Terima kasih puan."

____________________

Kadang kadang aku jadi tak faham kenapa lelaki pasang perempuan lain lepas tu kalau nak pasang pun janganlah sampai isteri kau tahu. Pas tu perbincangkan masalah rumah tangga bersama. Kalau tak cukup belai dan membelai tolonglah try untuk kearah itu. Perbaiki hubungan dengan Allah, Allah akan terus jaga dan lindung kita.

Ini adalah kes ketiga aku dapat orang terdekat minta menangkap ahli ahli mereka. Sebelum ni ada makcik dua orang suruh tangkap anak diorang. Ni isteri pulak suruh tangkap suami.

Semoga Allah melindungi kita dan keturunan kita.

No comments:

Post a Comment