27 April 2013

Exam dan qiam



" wahai orang yang berselimut ( Muhammad ) ! . Bangunlah ( untuk solat ) pada malam hari kecuali sebahagian kecil . Iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu . Atau lebih dari ( seperdua ) itu , dan bacalah quran dengan perlahan perlahan . " 
Al Muzammil , 1 - 4

esok ulang exam Quran kitabi ( bertulis ) . Tadi syeikhah tanya , bangun qiam tak , aku kata kalau bangun , buatlah . Syeikhah pesan lagi , kalau bangun qiam doakan dia . Aku pun cakap jugak , 3ud3uli syeikhah ( doakan saya ) , syeikhah cakap , ana daiman 3ud3ulaki ( aku selalu doakan kau ) . Ada satu perasaan menyelinap , malu , sebak semua ada . :'(
syeikhah banyak pesan , banyakkan qiam , istighfar , banyak selawat , banyak doaaaa bila aku merengek ( baca : mengadu susah nak menghafal ) .

mohon doa semua semoga Bumi Syam ini kembali tenang , tadi ada serpihan bom jatuh kat Ramtha , dekat je dengan tempat aku .

semoga esok lulus exam ( trial ) kalau gagal syeikhah tak bagi aku ambik final . Huuu.

syeikhah : tok guru arab ajar quran ( wanita dan syeikhah aku sangatttt cantik )

Tadi masa blogwalking terbaca satu kisah ni , ada seorang lelaki yang dia memang melazimi qiam . Setiap pukul 4 pagi dia akan bangun tahajud . Satu hari dia kemalangan dan koma apa yang menariknya setiap pukul 4 pagi dalam tempoh koma tu mesti dia akan bergerak sikit dan menyebut kalimah Allah sampailah ajal menjemputnya . Wallahu'alam betul ke tak tapi sama sama lah kita mengambil teladan dari kisah tersebut .

moga Allah rahmati kita dan mudahi kita untuk melazimi qiam . La takhaf , inallaha maana , Jangan takut Allah bersama kita .

No comments:

Post a Comment