25 July 2012

Terakhir

hari ini kelas terakhir untuk semester soifi ( baca : semester musim panas ) .
bukan semua subjek,tapi subjek Farq Zawaj saja.
dan mungkin kelas terakhir dengan Dr.Randah Al Omari.  T_T
sedih,sayu.sebab lepas nie mungkin dah tak dapat ambil denga  dukturah ini lagi.

Beliau seperti seorang ibu,bertanyakan masalah-masalah kehidupan di Datran Syam ini.
Beliau seperti seorang bapa,tegas dalam pendidikan pelajarnya.
Beliau seperti seorang kakak,sering berkongsi cerita dan ketawa bersama anak didiknya.

terimbau kenangan semasa Semester Satu,bila aku tergagap gagap menuturkan soalan dalam bahasa arab dihadapannya,

"enti sanah ula"?

"na am,sanah ula".

"mumkin takallam bi lughatul injiliziyah?"

"na am,insyaAllah". (saat yang ditunggu oleh semua pelajar yang lemah bahasa arab macam aku adalah SPEAKING)

Dr.Randah,akan kurinduimu hingga akhir hayatku.


]semoga Allah menjagamu dukturah,
dan kau lah pembakar semangatku untuk terus bertutur dalam bahasa arab.

subjek Fiqh Ibadah 1 yang menemukan aku dan Dr.Randah

No comments:

Post a Comment