9 May 2012

Separuh Nyawa

berlari,berlari dan teruskan berlari,
tanpa sempat aku menarik nafas baru,
tanpa sempat memesan shawarma super,
dia terus bergerak,
meninggalkan aku yang terus mengejar.



Bermula 30 April aku sangat sangat terkejar,naik semput diri ini.Menguruskan hal-hal rumah,pergi 

akad,bayar sewa,survey karpet,farshah(tempat duduk gaya arab),tilam<baru tahu tilam di Jordan sangat 

mahal>,langsir,tukang ukur karpet,dan sebagainya.Dalam keadaan diri yang kurang fasih berbahasa Arab 

Ammiyah,aku bimbit kamus ke Balad.Nak meminta bantuan orang lain,mereka juga ada komitmen yang 

tersendiri.Bersyukur Baby temankan diri ini.


Kuliah sudah tamat.Tinggal Riayah Tifl saja Khamis ini.Memberi maksud final sudah menjengah.Dapat-

dapat masa hari pertama exam,dua kertas menunggu.Moga Allah mudahkan.Berturut sampailah 23 

Mei.Berkejaran lagi menghadiri kelas-kelas tambahan yang dibuat oleh senior-senior,menghadiri 

Tafaqquh,jumpa duktur hantar kerja,tanya tarikh exam,duduk di maktabah sampai nak muntah,datang awal 

semata-mata nak duduk tempat best,semua itu berkejaran.


Naik tangga,turun tangga,jatuh terduduk sakit tak diendahkan.Sungguh,bulan ini memang menguji kesabaran 

dan ketahanan.


Dalam sibuk mengejar semua,jangan lupa pergantungan pada Yang Maha Memberi Kekuatan,kerana 

manfaat dan mudharat semua dari DIA.


Jangan lupa juga menjaga hubungan dengan manusia.Moga Allah mudahkan semuanya.


Mohon doa semua agar diri ini diberi kekuatan,final bermula 13Mei.



Jangan tertekan,mari layan Teophania.Gara-gara membaca entri Saudara Pitri AlFateh




mahu telefon kampung resap semangat mak ayah sebelum melangkah ke Tafaqquh pagi ini.


No comments:

Post a Comment