13 Mei semua sambut Hari Ibu.
Kami lima beradik,tiap hari adalah hari emak.
Emak bukan hanya hari itu,tapi tiap hari.
Kami raikan tarikh-tarikh istimewa kami.
27 November ulangtahun perkahwinan Emak Ayah.
27 Januari hari lahir emak.
8 April hari lahir ayah.
31 Disember kami akan pergi bercuti dan bergambar di studio.
Serta meraikan kelahiran kami semua. ^__^
Masa hari raya tak pun bergambar di studio macam orang biasa buat.
Sebab kami memang macam itu,sejak dulu lagi.
Orang mohon maaf setiap kali raya.
Kami mohon maaf sebelum tidur.
"Bye mak,orang tidur dulu mak,minta maaf emak,selamat malam emak,assalamualaikum emak"
"bye ayah,orang tidur dulu yah,minta maaf yah,selamat malam ayah,assalamualaikum ayah"
Ini skrip kami lima beradik sejak dulu.
Sampai kami masuk asrama.
Sampai abang aku berumur 22 tahun kini.
Ini skrip kami.
Dan sekarang akan tercakap pada ahli rumah.. >.<
Lepas makan pun.
Kami akan cakap.
"terima kasih mak,terima kasih ayah"
Sebab tu bila lepas makan aku akan cakap terima kasih pada tukang masak.
Pada acik Dewan Makan sekolah.
Pada acik kantin.
Pada sesiapa yang beri khidmat pada aku.
Hatta pembantu emak (bibik).
Cakap terima kasih bila dia lipat baju.
Kesimpulannya.
Aku sedang kerinduan.
Rindu danrindu.
Moga Allah jaga kalian di sana.
musim panas susah nak tidur dah.
barusan saja membaca entri NurMujahid,lalu terkenang zaman kanak-kanak.

No comments:
Post a Comment