Setinggi gunung menyapa awan,
tak setinggi darjat insan bersalut taqwa.
seluas lautan tujuh benua,
tak seluas rahmat Tuhan tak bertepi,
tika hamba melangkah taubat merangkak,
Tuhan menyambut pasti tidak teragak,
terbina jurang dengan dosa,
taubat menyapa,jurang sirna,
air mata pengiring sedar,
memujuk Jannah menghilang Saqar.

No comments:
Post a Comment