18 March 2012

Dedikasi Buatmu..

kamu yang selalu bercerita denganku,
umpama adik buatku dirantauan ini,
moga ketabahan bersamamu,
usirlah air mata mu,
padamlah dendammu,
kikislah marahmu,
kuatlah,
Allah bersamamu,
dan aku menyayangimu kerana Dia menganugerahkanmu padaku..
-Aishah Humaira' Hasnan-


dan teruslah tersenyum,
biarpun kesedihan melanda dirimu,
bermohonlah pada Dia,
agar kau sentiasa diberi kekuatan,
kerana,
kita tidak mampu untuk memahami manusia,
dan mereka juga tidak memahami kita,
hanya Dia yang tahu siapa kita kerana Dia lah Pencipta



Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

Dedikasi Khas,
orang atas..moga Allah redha..=)

1 comment:

  1. subhanallah, subhanallah, subhanallah..
    syukran jazilan kathir kak faiznur sayang
    Allah menghantar akak kepada aishah untuk kita saling menguatkan,
    untuk kita saling berkongsi, dan saling nasihat menasihati..
    sungguh terharu n dpt merasakan kehangatn kasih sayang akak mengalir kedalam diri ini...

    Allah, Allah..Alhamdulillah Kau menghantar dia kepadaku...

    syukran banyak2 kak faiz..
    sayang akak kerana Allah..

    ReplyDelete