31 March 2012

Apa Aku Buat Hari Ini?


Malam sudah makin pendek,siang menjadi makin panjang.Awal-awal pagi,mentari sudah memacakkan diri

disebalik bangunan-bangunan gah kota Irbid.Kenderaan sudah bertali arus.Manusia sudah mula berlari

mengejar coaster.Para pelajar sudah sibuk menuruni kereta.Pondok pengawal sangat kritikal.Itulah suasana

 pagi,Kota Irbid.Aku menjadi pemerhati setia,dibalik tingkap kaca.


Mat'am sangat sesak.Manusia masih lagi berkejaran dengan masa.Ada juga yang setia menanti dijemput

 penjaga.Pakcik-pakcik menjual buah buahan dan kopi kopi sibuk melyan pelanggan,persis di zaman sekolah

 menengah di Malaysia.Pekerja coaster mengawal pelajar yang bersesakan.Menyebut nama lokasi dengan

harapan ada saja yang bisa menggunakan khidmat mereka.Budak melayu melintas jalan berbelakangkan

budak arab.Ini dia cerita tengahari,Kota Irbid yang dicintai.Aku masih lagi menjadi pemerhati,tapi kini di tepi

library.


Matahari sudah malu-malu bersinar megah.Menggantikan cahayanya pada Sang Bulan.Kenderaan bertali arus

 dijalanan,mengejar keluarga yang tersayang.Dengan harapan dapat melunaskan hutang,bersama famili

tersayang.Jamiah yang pagi hingga tengaharinya sesak,sudah mula lapang.Pelajar arab kurang ambil kelas

lewat petang,takut tidak sempat pulang.Azan Maghrib sudah bergema.Berbondong bondonglah manusia

datang ke "sini" untuk berjumpa DIA.Mensyukuri nikmat kurniaannya.Tua,muda,miskin ,kaya,pembantu juga

tuannya,nenek juga datuk,pelajar juga pengajar.Langsung menyudahkan tuntutan sambil mendengar

penyampaian.Biarpun tidak mengerti,namun dapat dihadami juga.Bila melangkah keluar,seperti duduk di

Tanah Melayu,syabab syabab Malizi bertaburan di sekitar ini.Peminta sedekah juga,jika mahu,hulurlah

sebarang dua,moga Allah redha.Ini realiti Kota Irbid,di penghujung hari.Dan aku masih lagi menjadi

pemerhati,disebalik kacamata yang melindungi.



Ini adalah hari-hari aku sebagai hamba Ilahi.namun,seringkah kita terfikir,APA AKU BUAT HARI INI?

Adakah hanya memerhati,atau sebagai pembazir waktu?Tepuk dada tanya hati,pastikan iman membantu..

penghujung syita,
bersama Fiqh Ibadah 2 yang perlu dihadam,
mohon doa semua untuk saya..^__^



No comments:

Post a Comment