11 February 2012

Mereka Saudara Kita..


Kematian,peperangan,kesedihan,perjuangan..Ini kisah Syria,kisah umat Islam,kisah mereka..dan ini juga kisah kita,kerana MUKMIN ITU BERSAUDARA..

Bersama Usrah PINTAR lewat petang semalam,Muslim Cakna tema untuk kali ini,berbincang dan mengupas tentang kisah jiran kami,Syria..menyelami kesedihan,adakah aku muslim yang cakna?

Apa kisahnya SYRIA?

Permulaan revolusi hanyalah daripada sekumpulan kanak-kanak.Kerajaan rasa tergugat lalu berlakulah..



ini kisah permulaannya..bagaimana dunia tidak tahu tentang ini bila segala kebenaran di manipulasi..

gadis-gadisnya dirogol,pemuda pemudanya dibunuh,kanak-kanaknya di tembak,ibu-ibunya diseksa,tapi kita?masih leka dengan Bicara Cinta dan Cokelat Vanila,masih alpa dengan kenikmatan dunia,sedangkan saudara kita berperang di sana..

Syria yang cantik dihujani darah,pembunauhan dan kematian meningkat..lihat saja bilangan kematian akibat rejim Syria sepanjang 329 hari hingga 6 Februari(5 hari lepas)adalah seramai 7,904 orang di seluruh Syria.



sungguh,aku kira,aku tidak mampu menulis lagi,kerana sedih untuk mengenang kisah-kisah saudaraku di sana..biarpun kita berjiran kini..







sebahagian petikan gambar tentang saudara kita disana..Dunia di hujung jari,klik saja,luangkan 5 minit anda dari laman sosial,CAKNA tentang saudara kita..

lagi kisah mereka disini..

MUSLIM CAKNA ISU SYRIA
APA SEBENARNYA BERLAKU DI SYRIA
MENGAPAKAH REVOLUSI SYRIA TERJADI
KEMATIAN PADA 4 FEB
PERKONGSIAN PERDANA REVOLUSI SYRIA SETAKAT DIS 2011

::kerana aku sudah tidak mampu membendung air mata,aku hentikan ketukan jemari di papan kekunci::

JADI MUSLIM PRIHATIN,HENTIKAN KEKEJAMAN DI SYRIA..

No comments:

Post a Comment