Bersama keluasan cinta Ilahi,terselit juga cinta manusiawi yang diberi pinjam olehNya kepada hamba-hambaNya untuk meraikan fitrah insani..
namun kite sering kali leka dan alpa,mengejar-ngejar cinta manusiawi tanpa menghirau untuk menggapai cinta yang sejati..adakah hidup hanya untuk menjadi pencinta manusia,bukan pencinta Yang Mencipta??
dalam kesibukan mencari kehidupan selepas zaman bujang,sering saja kita tersungkur dalam kabus cinta yang diselekohnya bisa memberi maut pada pengemudi perjalanan..
Maka,carilah cinta Tuhan,maka kan bertemu cinta hamba.
Mustahil mendapati anaknya tanpa merapati ibu ayahnya bukan?
Mustahil juga mendapat pangkat tertinggi tanpa usaha yang berterusan bukan?
Mustahil juga kenyang tanpa cara untuk makan bukan?
Begitu juga hidup kita..
Mustahil menggapai cinta HambaNYA tanpa menggapai,merapati PenciptaNya bukan??
kerana manisnya cinta bila mendapat redha TuhanNYA..
::gambar rajah yang saya lukis sementara menghadam nota-nota Fiqh,sedikit sebanyak memperlihatkan sungguh luasnya kasih sayang Nya buat yang SENGAJA membutakan mata dengan nikmatNYA::
moga kita tergolong dalam golongan hambaNYA yang bersyukur..

No comments:
Post a Comment