Ketika aku bersendirian,
merenung ke dalam diri,
bertanya soalnya pada hati,
melantunkan punca pada jiwa,
cukupkah aku mengimani,
dalam ketaatan pada Ilahi?
Dia beri makan,beri juga minum,
beri rezki,beri kekuatan,
beri kehidupan,beri kebahagiaan,
beri kasih dan juga sayang,
kurnia olehNya jua pancaindera,
namun,adakah disyukuri nikmat dari Rabbi?
Tepuk dada tanya iman,
berilah pada akal,
dalam urusan pertimbangan,
kerana disitulah letaknya,
kewarasan jawapan..
~ aku tidak mampu untuk "mempublish" pada site Kelab Penulisan Irbid kerana merasakan tidak layak setaraf dengan mereka yang hebat..(",) ~

No comments:
Post a Comment