![]() |
::kambing yang dah bersedia untuk dikorbankan:: |
Aiduladha telah melabuhkan tirainya,namun apa sebenarnya Eiduladha ini??
bukan sekadar sembelihan,tetapi lebih kepada ketaatan dalam mematuhi perintah Tuhan..
bila bercerita tentang Aiduladha tahun ini,ini adalah tahun pertama saya dirantauan.Meraikan aiduladha bersama teman-teman,bersama-sama meredah hujan kerana gambar kambing diatas..
bersama memotong daging+bergelumang dengan bau hanyir darah,namun,ada sesuatu yang diperolehi,bukan sekadar penat lelah,tetapi,ya,lebih kepada PENGORBANAN..
merentas malam yang sejuk ke Pusat Komuniti semata-mata untuk memotong daging,walhal bila sampai,tinggal seketul daging sahaja untuk diselesaikan..(sungguh menguji iman)..
namun ada sesuatu yang saya perolehi & ini adalah tema Aidiladha PERMAI kali ini..
"SUSAH SAMA DIRASAI,SENANG SAMA DINIKMATI"
akhir kalam,biarpun Aidiladha sudah pergi,namun semangat didalam nya harus ditinggalkan di dalam diri..Moga memperoleh sesuatu daripada sambutan kebesaran ini...
p/s:sanagt suka keadaan disini pada Aidiladha sebab bila bertemu mereka pasti kata,"Kullu 3am Wa Entum Bikhair"..(tergagap-gagap mula-mula nak jawab,lama-lama ok dah.. =)
Kullu 3am waentum bikhairr..
![]() |
::bersama orang rumah di hadapan kuliah sains selepas solat sunat dibawah suhu 10 darjah,masih cool,..;P |
No comments:
Post a Comment