1 November 2011

Perginya Seorang Pendidik..


masih terasa hangatnya pelukanmu ketika aku mendapat keputusan SPM,
masih terngiang suaramu memarahi aku kerana Bahasa Arab,
masih segar dibenakku nasihat-nasihatmu ketika di bilik pengetua,
masih indah mendengar gurauamu di kediaman warden,
masih berlari lari tulisanmu di bebola mataku,
semuanya tinggal kennagan..

ustzah yang selalu marahkan aku,
selalu nasihati aku,
selalu menceritakan tentang aku kepada adik-adik,
yang selalu panggil aku bila aku buat masalah,
yang selalu aku perlu hadap bila melanggar peraturan,
ustazah yang tiada galang ganti..

saat mendapat berita dari Malaysia,
aku bagaikan terkaku,
paling kuingat nasihatnya sebelum menjejakkan kaki di Bumi Urdun,
"Faiz,kamu belajar baik-baik.."

segalanya masih segar dalam ingatanku,
moga Allah redhai kamu ustazah,
tiada lagi "hantu kamu"
tiada lagi ibu diasrama,
yang selalu membelai anak-anak dengan ketegasan sebalik kelembutan..

dihadapanmu setelah SPM,
aku menjadi lebih kuat,
tatkala mendengar adik-adik mengkhabarkan bahawa kamu,
selalu sahaja menceritakan tentang aku,
yang gagal selalunya,
mendapat kejayaan yang kau banggakan ketika SPM,
yang selalu sahaja bermasalah,
menjadi barisan kepimpinan disekolah..

Ustazah Khirah bin Hariz,
moga Allah rahmatimu,
terima kasih atas segala ilmu mu ya Ustazah..
moga kita bisa bertemu di JannahNYA..






No comments:

Post a Comment