![]() |
Hana..moga terus najah dan bertemu di puncak jaya.. |
![]() |
Aman,Fatimah..kuatkan hati..moga najah bersama kita nanti.. |
selalu disisi ku..
walau kamu jauh beribu batu..
tetap mengirimkan kekuatan buatku..
saat aku tak mampu menyampaikan berita ke Malaysia..
saat aku tidak mahu menyusahkan mereka..
saat aku sangat memerlukan pendengar setia..
saat itu kau menghulurkan tanganmu..
selalu mengingatkan aku..
selalu selalu dan selalu..
kerana itu aku sayang kamu..
seperti aku sayangkan mereka yang dihatiku..
walau kau pergi mengejar impian dulu..
meninggalkan aku..
namun kau tetap ingati aku sama seperti dulu..
walau aku ada mereka disisiku..
aku tetap perlukan kamu..
kerana kamu saudaraku..
penguatku saat tidak mampu menyampaikan pada mereka..
tentang perihal ku..
Allah kurniakan aku kamu..
terima kasih YaAllah..
mengurniakan dia untukku..
kita pernah bersama melakar impian..
mengejar cita cita..
mengorak jejak jejak pemimpi..
kini kita dipisahkan oleh benua..
yang kita sendiri tak tahu..
bila akan bertemu..
namun aku selalu memanjatkan doa pada Ilahi..
agar satu hari nanti aku dan bisa bertemu..
dengan mereka yang setia menanti kita..
di tempat berseminya cinta..
bersama berpimpinan menuju jannahNYA..
~setulus sayang dan rindu,Fatin Ishak..buat kalian yang tersayang,Fatimah,Hana,Aman..
Bumi Cinta dan Rindu,Irbid,Jordan..~
::jaga hati jaga iman jaga amal::
moga redha Allah bersama kita..
No comments:
Post a Comment