|  | 
| pemandangan dari dalam coaster perjalanan ke Irbid dari Mafraq.. | 
di bumi ini
aku belajar menjadi penyabar
tersenyum pada setiap kedukaan
redho dalam setiap kesusahan
di bumi ini
aku belajar menjadi lebih tabah
aku meniti ilmu menjadi lebih peka
aku berusaha menjadi terbaik untuk mereka
di bumi ini
aku mampu tersenyum dan tersengih
dalam setiap kepahitan warna kehidupan
di bumi ini
aku realisasikan setiap bait kata kataku dahulu
"aku budak tabah,kena kuat dalam setiap ujian"
berusaha tidak mengalirkan air mata di depan mereka
kerana
kutahu mereka juga tidak larat menanggung derita
di bumi ini
aku belajar banyak perkara
aku belajar cara mendidik jiwa
aku terima segalanya dengan terbuka
di bumi ini
tiap saat aku kitari nasihat mereka
aku insafi setiap perkara
kerana
di bumi ini
tiada emak tiada ayah
tiada angah jua aqilah
dan
tiada ikram jua aisyah..
aku bersyukur tiba di bumi ini
bumi yang penuh warna warni
bumi yang menjanjikan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti..
No comments:
Post a Comment