Lagi enam hari mahu pergi..
sudah tidak lama lagi..
Alhamdulilah,Allah permudahkan urusan kutadi,
namun sekarang aku masih membilang hari..
Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..banyak urusan yang telah diselesaikan..terutama hal hal yang berkaitang dengan orang lain..moga moga kalian dapat membantu saya..dan hanya Allah yang membalas jasa dan budi kalian..
kita masih punya Nikmat kesihatan..antara nikmat terbesar setelah nikmat Iman dan Islam..
"saya berjumpa dengan seorang senior yang kebetulan pulang bercuti..berkunjung ke rumahnya dan bertanya serba sedikit tentang kehidupan disana kelak..namun kepelikan melanda diri saya,tatkala saya melihat wajahnya,seperti tidak sihat,namun saya diamkan sahaja an berjanji akan menyiasat perkara itu sendirian..umurnya juga tidak saya tanyakan..
bila pulang,saya terus mencari FB beliau,dengan itu bermulalah penjelajahan saya..saya klik,saya cari,buka blog beliau..beliau berumur 23 tahun..mengikut perkiraan saya,sepatutnya beliau sudah tamat belajar,namun kenapabeliau masih disana..rupanya,beliau pernah terlantar sakit selama 2 tahun tidak silap dan terpaksa menangguhkan pengajian di universiti..
rupanya selama itu beliau bertarung dengan penyakit LEUKEMIA..menjalani pembedahan pemindahan sumsum dengan adiknya yang kecil,terlantar di hospital..barulah terjawab kenapa beliau kelihatan tidak berapa sihat dan masih belum tamat pengajian.."
saya terfikir,seandainya saya ditempatnya,mampukah saya meneruskan perjuangan ini lagi??
mampukah saya menerima kenyataan bahawa menghidap penyakit berbahaya??
mampukah saya tabah dan kental jiwa seperti dia..
tepuk dada tanya iman..
Allah,sesunggunya Engkau Maha Mengetahui tiap segala sesuatu..maka permudahkanlah segala urusan ku,keluargaku,serta sekalian insan lain..Maha Suci mu..
mari kita muhasabah semula diri kita sebelum melelapkan mata..lailah saidah..moga moga memperoleh sesuatu darinya..^^
wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment