saat ini hati saya tergerak untuk menulis tentang perkahwinan..
hal ini rentetan saya telah menghadiri lebih daripada 3 majlis perkahwinan pada hari ini..
Tapi jangan salah faham, bukan sebab sangap atau gatal atau desperate sangat, tapi memikirkan betapa
banyaknya ganjaran pahala yang Allah janji nak bagi dalam sesebuah rumah tangga tu, tak terasa excited ka?
Benda kecik seperti senyum pada suami pun dikira pahala, apatah lagi sehari suntuk kita ikhlas berkhidmat
padanya.
(sekarang pun boleh berkhidmat pada ibu bapa, pensyarah, tolong kawan-kawan, tak payah
nak tunggu nikah baru terasa nak buat baik kan??)
ok..mari kita sambung..
Bagi saya, nikah kawin ni selalu diceritakan secara superficial saja. yang enak-enak saja dikata orang.
(memang sepatutnya yang baik jadi bualan, yang buruk simpan diam-diam)
Macam rumah yang tersergam indah, cat dan pintu yang dipuji orang,
padahal yang paling penting ialah tiang untuk menegakkan rumah tu.
Jadi apa tiang-tiang dalam menegakkan perkahwinan?
Mari kita bercakap dari segi lay man term.
Saya tak arif pasal agama, pemikiran saya banyak berlandaskan logik dan moral, tapi tak saya
simpangkan dari agama.agama adalah teras judgement kita.
1. Tujuan
Apa tujuan perkahwinan?
adakah ia satu ending macam dalam cerita Cinderella atau Snow White?
"the love birds get married, and went happily ever after.. THE END"
Perkahwinan juga satu jenis permulaan.
Atau mungkin bagi sesetengah. suatu klimaks. Ya lah dah bercinta sekian lama, kawin ni kira waktu
kemuncak la.
Kita belajar nak grad, nak kerja. Samalah kan, bercinta, untuk kawin. Dah berjaya kawin, happy!
Mungkin kalau list down balik, apa tujuan nikah kawin ni, ada yang akan termenung. (saya pun termenung)
adakah
a. orang lain semua kawin, kawin ajalah, tak usah pikir banyak-banyak
b. Habis tu apa tujuan berkawan lama-lama? Mestilah nak kawin
c. Nak bina hidup baru. Nak baby, nak rasa ada orang di sisi. (sebelum ni tak da ka?)
d. Nak lengkapkan agama. (dan disebalik ayat 3 patah tu panjang lagi huraiannya)
Entahlah, terasa nak buat survey pun ada. Boleh kot tanya-tanya akak-akak di wad paediatrik tu, kenapa ya
mak kawin dengan ayah?
Haha apa agaknya reaksi?
2. Hala Tuju
Apa hala tuju kita?
Apakah benefit perkahwinan itu pada seseorang?
(selain yang superficial seperti dapat teman, bantal peluk, tukang masak, tukang cuci, drebar free)
nak dapat baby, then anak dah besar, menantu, cucu, bla bla bla. ada keturunan sendiri.
or nak be happy ever after?
Pada saya, perkahwinan ni untuk mencari keredhaan Allah.
Kalau sebelum kahwin pun sama, mencari redha Allah,cuma lepas kahwin, pada saya jalannya lebih
komplikated. Tapi natijahnya manis.
Kan indah dapat suami soleh, yang hatinya melekat pada masjid?
kan indah dapat suami soleh,yang bisa mengejutkan kita saat insan lain lena??
kan indah dapat suami soleh,yang bisa mengimamkan solat2 kita??
kan indah dapat suami soleh,yang mengingtkan kita tentang kebaikan??
kan indah dapat suami soleh,yang selalu mengajak kita berkebajikan??
kan indah dapat suami soleh,yang mendodoikan kita dengan kalam Allah??
(provided diri tu jugak solehah, kalu tak mimpi siang hari saja)
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
Atau anak-anak yang soleh solehah, yang tutur bicaranya menyejukkan hati? :D
kesimpulan nya ape ye??fikir-fikirlah sendiri..
muhasabah diri kita..moga moga kita ketemu insan yang terbaik buat diri kita..
wallahu'alam..sekadar perkongsian..
No comments:
Post a Comment