14 May 2011

selamat hari guru..



engkaulah ibu
engkaulah bapa
engkaulah yang setia
mendidik x kira siapa
engkaulah rakan x kira masa
engkaulah guru
pendidik bangsa

keranamu ustaz
keranamu ustazah
keranamu cikgu
aku
aku seperti si buta nampak cahaya
seperti si tua mendapat tongkat
seperti si rabun
memperoleh cermin mata
seperti si pekak
peroleh alat bantuan dengar

wahai pendidik
engkau tegar 
meninggalkan anak isteri
meninggalkan suami dan keluarga
tanpa jenuh menabur budi
untuk insan jahil ini

kerana kau
aku tahu iqlab
kerana kau
aku mengerti sejarah nabi
kerana kau'
aku fahami apa itu dedikasi
kerana kau
aku tau cara berlari
kerana kau
aku tau untuk menjana diri
kerana kau
insan sabar mendidik hati ini

tiada apa dapat mengganti
tiada apa dapat kuberi
hanya kejayaaan buatmu nanti
hanya ucapan ikhlas dari hati
kerana jasa dan budimu kubawa mati

selamat hari guru ustaz ustazah cikgu
moga kalian dirahmati

*dikesempatan ini..saya mengucapkan selamat hari guru..x kira la guru secara langsung atau tidak..moga kalian terus tabah dalam mandidik..dan terus berada di bawah naungan kasih NYA..

No comments:

Post a Comment