Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh..
sedamai mentari dipagi hari..sesuci embun pagi..seluas lautan duniawi..sedalam Kasih Ilahi..
Alhamdulillah..bersyukur kiita kerna kita masih lagi memperoleh pelbagai nikmat di waktu-waktu kini..
Alangkah indahnya hidup ini andai dapat kita semai dan taburi dengan hikmah dan dipenuhi cahaya keberkatan serta keredhaan dari Yang Maha Pengurnia..
kurang lebih beberapa jam lagi,kita akan meniggalkan tahun 2010,dan merangkak pula tahun 2011..
moga dengan keberangkatan tahun 2010,digantikan dengan 2011,kita masih lagi mengekalkan perkara-perkara MAHMUDAH sepanjang 2010 dan meningkatkannya lagi pada permulaan 2011 hingga akhirnya..
sahabat yang dirahmati sekalian..
tiap kali tahun baru masihi,pastilah kita ditanyakan tentang AZAM..
terimbau kisah hamba awal tahun 2004,ketika itu hamba masih dalam alam sekolah rendah,darjah 6 ketika itu..
masih hamba ingat ketika itu hari pertama bagi sesi darjah 6..
kita semua maklumkan,pelajar darjah 6 akan mengambil UPSR,.
jadi cikgu bahasa melayu,Puan Hashimah pun bertanya kepada kami sekelas..
"APA AZAM KAMU UNTUK TAHUN INI??"
semua orang pun memberi jawapan..sampailah saat giliran hamba..
maka hamba pun jawab::
"SAYA NAK BELAJAR LUAR DARIPADA DAERAH REMBAU DAN NAK MASUK SURAT KHABAR"..
syukur ke hadrat Ilahi kerana kedua-dua impian hamba itu ditunaikan..
hamba melanjutkan pelajaran pada tahun berikutnya di lain..iaitu di GEMENCHEH,luar daerah REMBAU..
dan impian untuk masuk akhbar terlaksana jua akhirnya apabila muka ini masuk akhbar lewat 2010,ketika program ULUL QURAN BERSAMA AKADEMI SUKSES.. 
syukur kepadaNYA..
walaupun kadang-kadang kita rasakan AZAM kita adalah sesuatu yang x dapat nak direlisasikan,percayalah..
taiada yang mustahil didunia ini..
terulah berjuang,..jangan sesekali mengalah..
teringat pesanan Ustaz Taufiq,lewat kelas hadis pada tahun 2010,
"KALAU ANDA GAGAL,TIDAK BERMAKSUD ANDA TIDAK NAJAH,TETAPI NAJAH ITU DITANGGUHKAN KERANA NAJAH ITU PASTI"
percayalah..sesungguhnya,Allah tidak akan mensia-siakan hamba-hambaNYA yang berusaha dan memohon padanya..
akhir kalam..
jadikan perkara yang berlalu itu sebagai pendorong untuk kemajuan masa hadapan..
ambil yang jernih,buang yang keruh..
hamba mengharapkan doa dari sahabat-sahabat sekalian untuk mendoakan hamba agar tabah dan istiqamah di jalan ini.. 
salam tahun baru dari saya..
wallahu'alam..
~masa lalu adalah pendidikan~


No comments:
Post a Comment